Chapter 13

246 20 4
                                    


Argh!!

Semua tercampak jauh dari Light kecuali Solar yang memegang erat tangan Thunder daripada melayang.

Solar sahaja yang masih terduduk elok di sebelah Light manakala Thunder sedaya upaya untuk bertahan dengan memegang tangan Solar.

"A-apa dah jadi!?",Thunder memandang Light yang menjerit kuat dengan matanya yang berwarna hitam legam terbuka luas dan mulutnya ternganga besar.

"Dia hilang kawalan.",jawab Solar.

Yang lain sudah tidak mampu bangun selepas dicampak kuat oleh tenaga Light.

Bunyi jeritan tersebut semakin kuat. Darah berwarna merah mula mengalir dari mata dan telinga Light.

Tangan Solar diletakkan di dada Light lalu dia menarik tangan Thunder dan diletakkan di atas tangannya.

"Kau...kena selamatkan Light walau apa pun yang terjadi jangan percaya cakap DIA.",keras Solar berkata.

Dengan sekelip mata Thunder sudah pengsan.

Light Rope.

Muncul satu tali bercahaya mengikat Thunder supaya dia tidak melayang jauh dari Solar dan Light.

"Aku harap kau berjaya."

Solar menutup matanya lalu cahaya putih mengalir keluar dari tapak tangannya.

Cahaya tersebut mula tersebar di seluruh badan Light.

Peluh mulai mengalir dari dahi.

Ergh..

Tenaga Solar mula berkurang.

Hali melihat dari jauh bersama elemental yang lain.

"Thorn! Ikat pinggang Solar dengan akar kau...kita kena salurkan tenaga kepada Solar!",arah Hali lalu disetujui oleh Thorn.

Thorn meletakkan tapak tangannya di atas rumput lalu dia mengeluarkan kuasanya dari bawah tanah.

Akar pengikat tidak dapat di guna dengan keadaan macam nih jadi Thorn salurkan akar tersebut melalui lubang bawah tanah supaya akar tidak dapat ditolak oleh tenaga Light.

Akar Menjalar.

Akar mula tumbuh di dalam tanah dan menuju ke tempat Solar.

"Solar!!!! Kami akan salurkan tenaga dekat kau!",jerit Gempa dari jauh berharap Solar dapat mendengarnya.

Pinggang Solar mula diikat dengan akar Thorn lalu matanya melirik kearah elemental lain.

Anggukan diberi. Semua elemental mula berkumpul menjadi satu bulatan.

"Aku harap korang masih ada tenaga.."

"Terlebih tenaga kami nih.."

"Betul tuh takde guna lagi.."

Gempa tersenyum lega.

Semua elemental diikat dengan akar menjalar Thorn yang bersambung dengan akar Solar.

"Kami salurkan tenaga kepada Solar."

Setiap elemental mengeluarkan cahaya mengikut warna baju mereka.

Cahaya tersebut mengalir ke setiap akar sehingga diterima oleh Solar.

Mata Solar mula bercahaya lalu cahaya terang menyinari badannya.

Situasi Thunder...

Matanya melilau melihat sekeliling. Suasana bilik yang kosong dan seperti tiada penghujung. Sekelilingnya hanya berwarna putih.

"Light!! Mana k-

Belum sempat Thunder menghabiskan ayatnya satu tangki muncul di depannya.

Di dalam tangki tersebut dipenuhi air berwarna merah darah dan Light berada di dalam tangki tersebut.

Dengan kasar Thunder mengetuk-ngetuk tangki kaca itu sambil memanggil Light supaya dia sedar.

"Light!! Bangun!! Light!!!",jerit Thunder membuatkan Light tersentak.

Mata Light terbuka perlahan-lahan lalu dia memandang kearah Thunder.

Thunder terkaku melihat mata kuyu adiknya seperti meminta tolong selamatkan dia tetapi matanya tertutup kembali.

"Apa yang aku patut buat.."

"Kalau kau abaikan dia...kau akan selamat."

Pandangan dialih untuk mencari suara siapa yang berkata-kata.

Tetapi satu kelibat langsung tidak kelihatan.

Pada masa yang sama kata-kata Solar muncul di dalam fikirannya.

"Jangan percayakan langsung cakap dia..."

Tanpa menghiraukan larangan tersebut Thunder terus pecahkan tangki kaca dengan menggunakan kuasanya.

Badan Light disambut oleh Thunder.

"Solar! Aku dah keluarkan Light dari tempat nih!!",jerit Thunder sekuat hati.

Tiba-tiba muncul satu cahaya terang menyinari mereka berdua.

"Bangunkan dia dulu!!"

Satu suara bergema di tempat tersebut dengan cepat Thunder cuba sedaya upaya untuk mengejutkan Light.

"Light...hey my sunshine bangun...",bisik Thunder di telinga Light lalu dengan perlahan matanya terbuka sedikit demi sedikit.

"Hey..",lembut suara Light membalas.

Satu senyuman terukir di wajah lalu Thunder memeluk Light erat.

"Dah!!"

Dengan sekelip mata Thunder dan Light hilang dari penglihatan.

Di dunia sebenar....

Thunder tersedar dari pengsannya lalu melihat Light yang mula beransur pulih.

Light Hope.

Selepas ayat tersebut terkeluar dari mulut Solar,mata dan mulut Light terus tertutup. Bunyi jeritan hilang dan Solar mengusap rambut Light lembut.

"Masa untuk serius dengan pewaris kami dua."

Thunder menelan ludah kesat.

Bersambung...
Vote dan coment😘

Vote dan coment😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Time Repeat II (COMPLETE)Where stories live. Discover now