01

1.4K 192 457
                                    

01 : The Misunderstanding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

01 : The Misunderstanding

"Bodoh! Tak guna! Argh! Sial!" Junkyu menyepak batu-batu dihadapannya. Zombie disini sudah bertukar abu, jadi dia boleh menjerit suka hati dia sahaja. Tapi tidak pasti jika di tempat lain masih ada.

Yang lain hanya memandangnya. Asahi sedang terbaring lemah dengan Jaehyuk di tiang. Mereka sedang berada di sebuah bangunan usang. Sepertinya pasar raya dahulu, tapi sudah kosong.

"Kyu, bawa bersabar. Ada jalan penyelesaiannya." Hyunsuk menggosok belakang Junkyu.

"Ergh!" Junkyu menolak Hyunsuk hingga jatuh. Kesian dia, nak tenangkan Hyunsuk, dia yang kena.

"Kau suruh aku sabar, yang kena tangkap tu adik aku! Bukan adik kau!"

Jihoon mengetap bibirnya. Sabar dia pun ada tahap, lama-lama, dia gigit kepala Junkyu sampai berdarah kang baru tahu.

"Kalau aku tahu, aku duduk dengan Doyoung kat lain. Sial!"

Yoshi menekup muka Junkyu dengan kedua-dua belah telapak tangannya. "Junkyu, pandang mata aku, Kyu. Ni bukan kau."

"Yoshi, apa kesial kau cuba buat ni?" Tanya Jihoon.

"Argh! Mampuslah!" Yoshi jatuh tersungkur di atas Hyunsuk.

"Bodoh kau berat. Kau nak buat apa, hah?" Tanya Hyunsuk sambil menggosok punggungnya.

"Aku ingat kalau dengar suara aku, hati dia lembut."

"Kepala otak kaulah."

Jihoon tak dapat menahan lagi, dia bangun tapi dihalang Mashiho. "Jangan, Hoon. Emosi kau tak stabil."

"Bagus, biar dia mati." Jihoon menepis tangan Mashiho.

Tanpa amaran, Jihoon menumbuk wajah Junkyu menyebabkan bibir kanan Junkyu berdarah.

"Bodoh! Kerja kau tahu nak merungut je! Kau ingat, aku tak rasa kehilangan ke?! Kau ingat, kau seorang je ke yang sedih?!" Jihoon menarik kolar baju Junkyu.

Junkyu berdecit, dia menumbuk balik wajah Jihoon membuatkan Jihoon terkebelakang menyandar pada tiang. Junkyu masih belum puas, dia cuba menumbuk lagi wajah Jihoon tapi Jihoon sempat elak.

"Woi! Woi! Sabarlah!" Yedam dan Yoshi bangun untuk meleraikan pergaduhan mereka.

"Bodoh! Salah appa kaulah, bodoh! Sebab dia nak buat sangat eksperimen tu! Kita yang jadi mangsa!" Jerit Jihoon.

"Kau jangan nak salahkan appa aku! Semua ni bukan sebab dia!"

"Habis kau nak cakap appa aku?! Appa aku cikgu takde kena mengena dengan hal ni!"

"Semua ni, sebab Asahi. Kalau bukan sebab Asahi, semua ni takkan terjadilah!" Tiba-tiba sahaja Junkyu petik nama Asahi yang sedang lena.

Jaehyuk terkedu. Dia menekup kedua-dua belah telinga Asahi. "Hyung, semua ni bukan Asahi. Tolong jangan salahkan dia." Kata Jaehyuk dengan suara yang bergetar.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞Where stories live. Discover now