"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?"
"I will."
Status : On Going
Start Date : 20 March 2022
End Date :
[sambungan daripada Zombie Apocalypse]
!!!
Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod
- pembunuhan
...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
03 : Vampire's Place
"Tak ada satu pun manusia lain selain kita. Sebenarnya, Korea je ke yang macam ni?" Tanya Haruto.
"Tak tahulah. Kalau tengok, macam dah merebak. Kita pun tak tahu khabar berita tentang dunia sebab tak ada elektrik." Jawab Mashiho.
"Apa yang berat sangat Jeongwoo ni?" Tanya Jaehyuk pada Yoshi.
"Kita kan jantan, Jaehyuk. Jangan lemah." Kata Yoshi, separuh mati dia papah Jeongwoo.
"Aku nampak cahaya. Sini." Hyunsuk bergerak ke hadapan diekori mereka bersembilan. Diseberang jalan itu ada satu klinik. Gelap. Pintu tertutup. Tapi simbol buka. Pasti sahaja orang di dalam tiada.
"Mari kita seberang." Yedam melangkah ke hadapan tapi sempat Haruto tahan dahi Yedam.
"Pakai akal yang Tuhan kasi, hyung. Kau dalam kelas dengar cerita nombor satu tapi kalau hal dalam ni lembab jugak, kan?" Sekali das Haruto bagi kat Yedam. Pedas juga ayat yang keluar dari mulut dia.
"Pandang muka aku, Ruto. Pandang muka aku." Jihoon menarik wajah Haruto dekat dengan mukanya. "Kau mental apa tiba-tiba tembak Yedam ni?" Tanya Jihoon.
"Tak adalah, hyung. Dia nampak zombie tengah atas jalan tu, boleh pulak dia nak seberang macam tu. Dia ingat zombie tu tengah menari poco poco ke?" Tanya Haruto balik.
Jihoon berpaling ke arah Yedam. "Tu lah kau, Yedam. Tuhan dah kasi otak kau tak pakai elok-elok. Tengok tu ada zombie."
"Ye, hyung. Ye. Khilaf aku tak nampak." Malas gaduh mulut dengan dua orang ni. Sekali Haruto lempang dia, melayang nyawa.
"Jadi, macam mana nak seberang?" Tanya Asahi.
"Kita lari." Kata Junkyu.
"Haah, kalau lari okey jugak. Diorang tak perasan kot." Kata Hyunsuk pula.
Jaehyuk menggelengkan kepalanya. Dia menepuk bahu Hyunsuk.
"Buat kelakar? Nak aku dengan Yoshi berlari sambil papah Jeongwoo?" Tanya Jaehyuk.
"Haah kan. Lupa."
Mereka terdiam memikirkan idea. Mereka sedang menyorok belakang sebuah kereta ni. Depan mereka ada zombie. Tak nampak kot.
"Kau semua dengar, ya. Kita akan berlari masuk klinik tu dan ajar semua zombie tu."
Mereka berlapan menganggukkan kepala mendengar rancangan Jihoon. Jeongwoo dah tak sedarkan diri tu.
"Berhasil ke?" Tanya satu suara.
"Eh, ni Jihoon. Mana mungkin tak berha-"
Jihoon menelan air liurnya. Mereka berpaling ke arah Haruto. Lebih tepat, sebelah Haruto.
"Apa lagi?" Tanya Haruto. Yedam menunjukkan tangannya ke sebelah Haruto. Bibirnya dimuncungkan menunjuk sosok di sebelah Haruto. Haruto berpaling ke arah kanannya.