08

880 106 64
                                    

08 : The Betrayer

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

08 : The Betrayer

Eros membuka matanya perlahan-lahan, dia terasa seperti habis dipukuli seseorang. Apabila dia fikirkan balik, betullah. Ada orang telah pukulnya. Siapa orang tu? Eros bangun lalu dia berjalan perlahan-lahan keluar dari gua namun dia terkedu kerana sekelilingnya ada berpuluh vampir sedang menunggunya.

"Ah, sial. Apa ni?"

"Kau pengkhianat. Kau cuba memperdayakan kami." Salah satu vampir bersuara. Hermes berdecit. Dia dahlah sedang sakit ni.

"Kau nak apa? Bila masa aku khianati kau semua? Aku cuba selamatkan korang dar dipergunakan oleh Dewa!" Eros tahu yang tujuan Dewa mengumpul mereka ini bukanlah untuk menyatukan puak ataupun hidup bersama puak mereka. Dewa cuma mahu hidup bersendiri, menakhluk dunia sendirian.

"Penipu. Mati kau." Para vampir menunjukkan taring mereka lalu menerkam Eros. Namun tidak sempat mereka mengapa-apakan Eros, Eros yang mempunyai kuasa teleportasi itu menghindar. Eros mencekik leher satu vampir lalu dia campakkan ke atas tanah.

Matanya berubah menjadi merah. Kukunya menjadi tajam. Pandangannya penuh dengan merah darah. Kalau hari ni hari terakhir dia melihat keluarganya, dia hanya mampu pasrah.

"Kau yakin mahu bunuh aku?" Eros bertanya dengan nada sinis.

"Kenapa? Kau takut?"

Eros ketawa mengekek. Dia tersenyum lebar. Apa mereka bodoh? Ah, mereka terlalu percayakan Dewa.

"Mati kau!" Seorang vampir meluru ke arah Eros tapi Eros lagi cekap. Dia menikam jantung vampir itu lalu vampir itu berubah menjadi abu. Tak lama tu, semua vampir menerkam ke arahnya, seperti biasa, Eros lebih pantas dari mereka. Satu persatu vampir berubah menjadi abu kerana tikaman di perut. Ada yang kepalanya terputus.

Habis saja vampir itu dikerjakan Eros, Eros tercungap-cungap mencari nafas. Dia sudah terlambat. Dia kena mencari Helios sebelum semuanya terlambat. Eros mecari-cari Helios di sekelilimg hutan, dia hampir putus asa akan tetapi dia ternampak satu cahaya besar di tengah hutan itu.

"Eh?" Dia terkedu melihat beratus vampir mengelilingi tempat itu, dia menyorok di belakang pokok. Dia memandang lama ke arah tiga orang yang sedang berdiri di tengah-tengah itu.

Sah! Itu adalah Jihoon, Junkyu serta Helios. Dia lagi terkejut melihat beratus vampir sedang mengacukan pistol pembunuh vampir itu ke arah mereka. Kalau vampir dipanah pakai anak panah itu, vampir akan berubah menjadi abu selamanya tapi kalau kena pada manusia, manusia akan hancur.

"Aku kena selamatkan mere-"

"Argh!"

Eros terpelanting pada pokok dibelakangnya. Kesan dentuman kuat itu mengakibatkan dia turut terkesan.

"H-Hermes ke?" Tadi, sewaktu vampir melepaskan anak panah pada mereka bertiga, ada satu kuasa melindungi mereka dan memantulkan balik anak panah itu kepada mereka. Tentu saja Hermes. Hanya Hermes yang mempunyai kuasa itu.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang