"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?"
"I will."
Status : On Going
Start Date : 20 March 2022
End Date :
[sambungan daripada Zombie Apocalypse]
!!!
Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod
- pembunuhan
...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
10 : Guess Who?
"Pelik."
"Apa yang pelik?" Jihoon memandang Junkyu, hairan. Raut wajah Junkyu bertukar menjadi risau.
"Aku macam dengar suara Haruto menjerit." Junkyu berkata dengan suara yang perlahan.
"Haruto? Mungkin mereka memang dalam bahaya dan kita kena segera." Jihoon mengetapkan bibirnya. Semoga tidak terjadi apa-apa.
"Jap, ada pintu." Hermes menunjukkan pintu dihadapannya. Mereka sekarang berada di dalam terowong. Terowong yang gelap diterangi dengan cahaya dari kuasa Hermes.
"Ah, tunggu." Helios berdiri di hadapan Hermes. Satu cahaya merah keluar dari tangan Helios, ibarat Helios sedang melakukan scanning terhadap pintu itu. Tak berapa lama kemudian, pintu itu terbuka. Junkyu melangkah masuk namun Hermes menariknya kembali.
"Tunggu." Junkyu berpaling ke arah Hermes dengan pandangan pelik. Tiba-tiba, bau seperti besi menusuk masuk ke dalam hidung mereka.
"Bau apa ni?" Jihoon berbisik perlahan kepada mereka.
"Aku rasa, ni bau... Bau darah." Helios memandang mereka silih berganti.
"Darah?" Junkyu membuka pintu itu dengan luas tanpa menunggu lagi. Alangkah terkejutnya dia melihat dua jasad manusia terbaring dengan berlumuran darah melimpah di atas lantai. Wajah mayat itu menjadi hitam, mata mereka terbeliak. Seolah-olah roh mereka sudah disedut.
"S-Siapa?"
Jihoon mendekati jasad-jasad itu. Dia menilik wajah mereka dengan satu persatu. Apa yang mengejutkan Jihoon, wajah mayat itu merupakan wajah yang dia kenal. Jihoon terjatuh ke atas lantai. Seluruh badannya bergetar.
"Jihoon!" Junkyu meluru ke arah Jihoon yang sedang takut itu. Mata Jihoon berair. Hidungnya memerah. Bibirnya memucat.
"Kau nampak apa, Ji? Kau nampak ap-" Kali ni, Junkyu pula yang tergamam. Seakan-akan mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat ini.
Helios pula yang mendekati mayat mereka. Dia menilik wajah mayat itu dengan lama lalu dia melepaskan keluhan berat. "Sepertinya... Ada duri dalam daging." Helios berkata.
"Maksud kau?"
"Maksud Helios, dalam kawan korang... Ada yang sudah menjadi pengikut Dewa." Hermes bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.
Junkyu menggigit bibirnya. Tangan Jihoon yang digenggamnya menjadi sejuk. Matanya terpaku pada dua mayat sahabat yang mereka sayangi itu.
"Bang Yedam... Haruto..." Tanpa Junkyu sedar, air matanya mengalir membasahi pipinya.
Hermes dan Helios cuma mampu menatap mereka dengan pandangan kasihan manakala Eros memerhati keadaan bilik ini sekeliling.
"Kawan kau berdua ni baru saja dibunuh. Dalam 1 jam yang lalu." Eros memandang mereka semua. Dia yakin, pembunuh itu telah membunuh Yedam dan Haruto satu jam yang lalu. Tapi, darah Haruto masih segar manakala Yedam kelihatan sudah gelap darahnya. Mengikut spekulasi Eros, Yedam dibunuh terlebih dahulu lalu Haruto menyusuli.