"Yuta hyung kenapa ada kat sini?" Asahi bertanya, dia buntu. Apa yang terjadi sebenarnya.
Jaehyuk yang sedang kesakitan itu memegang tangan Asahi. Dia menggelengkan kepalanya.
"Dia syaitan yang sebenarnya. Sebab dia aku jadi macam ni, Asahi." Jaehyuk tiba-tiba rebah. Dia memegang kepalanya yang terasa ingin pecah itu.
"Jaehyuk, kau kenapa?" Asahi segera memegang bahu Jaehyuk menghalangnya jatuh. Asahi, kawan kau dah nazak kena pukul kau boleh tanya kenapa?
"Asahi, hai. Kita bertemu lagi." Yuta tersenyum. Dia duduk mencangkung dihadapan Asahi dan Jaehyuk.
Yuta mencabut pisau yang ditusuk pada jantungnya. Dia mencampakkan pisau itu dihadapan Asahi.
"Aku mana ada jantung, tak jadi apa-apa kalau kau tusuk aku pakai apa-apa." Yuta tersengih.
"Macam mana Yuta hyung yang jadi Dewa?" Mashiho berbisik pada Junkyu. Junkyu mengangkat bahu. "Manalah aku tahu."
"Yang kat belakang tu... Tak payah menyorok. Keluarlah." Hades berkata.
Serta merta Helios, Hermes dan Eros terkedu. Bagaimana Hades tahu? Oh, lupa. Hades kan orang kanan Dewa, kuasa dia jauh lebih hebat daripada mereka bertiga. Mereka semua termasuk Hermes, Helios dan Eros berjalan ke hadapan. Yuta berdiri lalu menatap mereka.
"Kim Doyoung, tahniah sebab berjaya bawa mereka ke sini. Aku akan tunaikan permintaan aku pada kau." Yuta berkata.
Mereka saling berpandangan. Apa yang Doyoung minta dengan Yuta?
"Kau minta apa, Doyoung?" Soalan Yoshi diabaikan Doyoung. Doyoung hanya menatap lantai.
Doyoung perlahan-lahan menyelak lengan bajunya. Ada satu torehan besar di tangannya.
"Doyoung, apa ni?" Junkyu menarik tangan Doyoung. Macam mana benda ni boleh terukir di tangan adiknya? Yuta turun dari platform dan berdiri di hadapan mereka. Aura kegelapan Yuta sangat menakutkan membuatkan mereka semua meremang.
"Doyoung dah tukarkan nyawa dia dengan kawan korang. Jeongwoo namanya kan? Dia pun dah tukar jiwanya demi selamatkan diri. Jadi, kawan korang tu dah jadi korban untuk malam ni. Dan yang kat atas tu." Yuta menunjukkan ke arah Jaehyuk yang sedang terbaring lemah.
"Entah bagaimana kau, Junghwan. Boleh bersepakat dengan orang yang dah bunuh ayah kau." Hades muncul dari belakang. Junghwan mengetap bibirnya. Betul, bagaimana dia boleh bersepakat dengan Helios sedangkan Helios membunuh ayah Junghwan di hadapan mata Junghwan dan Doyoung.
"Hoi! Jangan pedajalkan nama aku. Kau yang ubah bentuk jadi aku! Ish! Fitnah je kerja!" Helios membentak geram. Padahal, dia tak tahu apa-apa. Soal culik Junghwan dan Doyoung memanglah dia tapi pasal bunuh ayah Junghwan tu bukan dia.
"Jeongwoo... Jeongwoo macam mana? Jeongwoo hidup ke tak?" Jihoon bertanya pada Doyoung. Doyoung memandang Jihoon dengan pandangan kecewa. Dia menggelengkan kepalanya.
Jihoon terkedu. Junkyu melepaskan pergelangan tangan Doyoung.
"Mana aku tahu, hyung... Mereka heret Jeongwoo dan kali terakhir aku dengar Jeongwoo adalah jeritan dia." Doyoung menekup telinganya. Dia teringat waktu Jeongwoo menjerit sewaktu diheret keluar oleh beberapa orang vampir.
"Doyoung..."
"Yuta hyung, kau nak apa dari aku sebenarnya?" Asahi bersuara. Dia rasa kalau dia diam, takkan jadi apa-apa yang baik. Dia kena juga tanya Yuta. Dia yakin, Yuta cuma mahukan dia.
Yuta berpaling ke belakang memandang Asahi. Yuta tersenyum lebar. "Asahi, dulu... Aku abang kau, dengan ibu bapa kita cuba selamatkan kau dari manusia-manusia yang buru kita. Mereka bunuh ibu dan ayah kita, Asahi. Mereka pun ambil jantung aku dan campakkan badan aku ke gaung. Tapi... Aku bersyukur kerana aku pureblood dan aku jumpa beberapa orang manusia yang rawat aku. Terima kasih kepada ayah kau." Yuta memandang Junkyu dan Junghwan. Ayah mereka?

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞
Vampiros"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?" "I will." Status : On Going Start Date : 20 March 2022 End Date : [sambungan daripada Zombie Apocalypse] !!! Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod - pembunuhan ...