09 : Brother
"Junkyu."
Jihoon memegang tangan Junkyu. Secara tepatnya. Dia sedang menghalang Junkyu. Daripada apa? Daripada turun ke bawah bukit, ke rumah itu.
"Adik aku ada di dalam!" Jihoon berdecit geram. Dia menarik kolar baju Junkyu.
"Kau cuma fikirkan keselamatan Doyoung, adik kau. Kawan kau yang lain bagaimana?!"
Junkyu menepis tangan Jihoon dengan kasar. Terasa dirinya membahang kepanasan. Api kemarahan dia membuak-buak. Jihoon masih tidak faham dengan situasinya.
"Aku sayang kawan-kawan kita tapi...!" Junkyu berhenti berbicara. Dia menarik nafas sebelum dia sambung bicaranya. "Aku dah kehilangan mama dengan papa aku dan aku tak sanggup kehilangan Kim Doyoung. Kenapa kau tak dapat nak faham lagi ni?" Suara Junkyu yang tadi tinggi bertukar perlahan.
Jihoon juga melepaskan keluhan berat. "Kau tahu kan kita kawan? Kau tahu kan kawan kita ada seumur dengan Doyoung. Misi kita adalah untuk selamatkan mereka semua. Bukan cuma Doyoung. Junkyu, tolong. Jangan jadi selfish."
"Kau tak faham, Hoon. Kau tak faham."
Jihoon hanya mendiamkan diri. Terasa dirinya diperhatikan. Dia berpaling ke belakang. Eros, Hermes dan Helios sedang menatap mereka.
"Apa?"
"Uh-oh. Maaf. Tapi, kalau kita turun. Segalanya takkan berubah juga. Kau masih tak dapat selamatkan kawan-kawan kau." Kata-kata Helios membuatkan Jihoon dan Junkyu menatap sesama sendiri.
"Apa maksud kau?"
"Kawasan ni dikelilingi dengan laser yang membunuh. Kau terkena laser tu, kulit kau akan terbakar. Lagipun, kalau kau perhatikan kawasan sekeliling rumah. Di situ ada vampir." Helios menunjukkan ke arah para vampir yang sedang berjaga.
"Haish, sepatutnya aku dengar mak aku cakap dulu." Jihoon mengetap giginya.
"Mak kau cakap apa?" Eros yang perasaan ingin tahu bertanya.
"Huh? Tak dengar. Masa tu hujan lebat."
Tiba-tiba sahaja Eros mengeluarkan kukunya yang tajam dan dia tuju pada leher Jihoon. Geram sangat ni.
"Eh! Eros! Kau gila ke?!" Hermes memeluk Eros yang hampir menikam Jihoon tu, Jihoon cepat-cepat mengelak. Takutlah dia. Baran Eros ni tak boleh buat main.
"Lek ah, Eros!" Jihoon menyorok di belakang Helios.
"Ei, nasib ada Helios. Kalau tak mati kau."
YOU ARE READING
𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞
Vampire"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?" "I will." Status : On Going Start Date : 20 March 2022 End Date : [sambungan daripada Zombie Apocalypse] !!! Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod - pembunuhan ...