12 : The Real Boss
"Kau dulu." Junkyu menolak bahu Hyunsuk, lebih tepatnya lagi, Junkyu mendorong Hyunsuk untuk masuk ke dalam dewan di mana para vampir berkumpul.
"A-Apa pasal aku kena pergi dulu?!" Hyunsuk bertanya dalam separuh berbisik, ikutkan hati dia, dia nak jerit nak protes. Tapi apakan daya. Dia ni siapa?
"Kau kan a~bang." Serentak Junkyu dan Jihoon bergabung suara untuk menyakat Hyunsuk. Masa macam ni pun dia sempat nak sakat orang.
Hyunsuk menelan air liurnya. Sejak awal dia melalui koridor di rumah serupa istana ni menuju ke dewan, tak ada cahaya yang cerah, dia dah tak sedap hati. Semuanya gelap. Di dinding, ada cahaya datangnya daripada api yang dinyalakan. Dahlah dengan dinding bewarna merah dan lantai karpet berwarna putih bercampur kemerahan. Tadi, Junghwan tanya kenapa tompokan merah di karpet tu tak seragam? Jawapan Eros sangatlah santai, ya.
"Sebab merah tu darah." Terus Junghwan mendiamkan diri di belakang Asahi. Tak mampu nak cakap apa-apa lagi.
"Dah tak ada orang nak masuk, bagi aku je la masuk." Dengan selamba Mashiho membuka pintu dewan tu. Ada berpuluh, tak. Beratus vampir sedang berdiri di sini.
"Bapak banyak vampir." Mashiho berkata dengan perlahan. Tapi, bibirnya menjadi mangsa tamparan Jihoon. "Aku pesan apa? Jangan bising, kan?"
Dah masuk tu, bukan mereka nak berdiri dengan vampir lain, tapi mereka bersepuluh pergi menyorok di belakang tiang yang besar tu. Ada dua tiang di pintu masuk ni. Di dewan ni di mana para vampir sedang berkerumun memakai jubah hitam berhud yang menutup kepala mereka, seiring dengan topeng separuh yang menutup mata sahaja, mereka juga memakainya. Di tiang belah kanan ada Hermes, Eros, Junghwan, Mashiho dan Junkyu manakala di sebelah kiri pula ada Helios, Jihoon, Hyunsuk, Asahi dan juga Yoshi.
"Kalau duduk sini lama-lama, yang lain nampak pelik. Jom keluar."
"Eh, jap." Tangan Helios dihalang Hyunsuk. Helios memandang Hyunsuk dengan pandangan pasrah. Pandangan yang macam, kau-nak-apa-lagi, ha lebih kurang macam tu.
"Diorang tak cium bau kita ke? Kita kan manusia." Helios menggelengkan kepala. "Aku vampir. Kau semua tu manusia. Masalah kaulah kalau kena tangkap." Helios berkata selamba badak dia je. Hermes yang telinganya tajam tu, entah bagaimana dia mampu mencubit perut Helios dari jauh, membuatkan Helios mengaduh kesakitan.
"Cakap benda bodoh, ni makan dia."
"Ish. Aku dah letak spell yang sekat bau manusia lah. Takyah risau."
"Korang buat apa ni?" Salah satu vampir bertanya pada Helios. Mereka terkejut sebab suara ni macam mereka kenal.
"Ah, practice." Tak menunggu Helios jawab, Yoshi pergi jawab dulu.
YOU ARE READING
𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞
Vampire"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?" "I will." Status : On Going Start Date : 20 March 2022 End Date : [sambungan daripada Zombie Apocalypse] !!! Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod - pembunuhan ...