06

848 111 53
                                    

06 : Perfect Sacrifices

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

06 : Perfect Sacrifices

Haruto membawa Jeongwoo naik ke arah tempat yang mereka mula-mula sampai tadi. Tempat itu seperti bilik bagi para vampir. Kerana ada beratus gua yang diubah menjadi bilik, jadi ada banyak bilik buat mereka. Bukan bilik hotel seperti kau jangkakan. Tiada aircond. Tolong jangan macam-macam. Ni bukan hotel 5 star.

Mereka semua menaiki tangga dengan langkah yang laju. Bau darah yang hanyir itu semerbak menusuk ke dalam hidung mereka membuatkan mereka mual.

"Tahan. Sebentar lagi kita akan tiba." Bisik Eros pada mereka semua.

Sedang mereka naik, seseorang menghalang jalan mereka. Mereka apa lagi, berhenti mengejutlah. Junkyu dan Jihoon yang kat belakang hampir terjatuh.

"Sial...!" Bisik Jihoon perlahan.

"Asal aku yang kena?" Tanya Junkyu, tak puas hati di'sial'kan oleh Jihoon.

"Hades. Ada apa?" Helios bertanya dengan nada yang menyampah. Kenapa jantan ni halang laluan dia?

"Aku bau sesuatu yang manis. Aneh. Vampir tak berbau manis. Melainkan..."

"Melainkan manusia? Bau manis tu datang dari bawah. Kau lupakah upacara tadi?"

Hades mengangkat keningnya. Dia tersenyum sinis. "Manusia yang sudah mati dan manusia yang masih hidup ada bezanya. Aku tak bodoh, Helios."

Yang lain sudah ketar lutut. Adakah mereka bakal dijemput ajal.

"Kau bawa manusiakah, Helios?"

Helios mengetap giginya. Hades memang pandai dalam hal-hal begini kerana dia merupakan tangan kanan Dewa. Selain Helios, Hades merupakan orang paling berkuasa di sini. Siapa yang berani melawannya, pasti mati.

"Hades, apa kau cakapkan ni? Ke tepi, aku nak bawa mereka naik." Helios menolak Hades ke tepi dari laluannya akan tetapi Hades menepis tangan Helios. Tiba-tiba sahaja dia berdiri di hadapan Jaehyuk. Di sebelah Jaehyuk ada Asahi.

"Buka hood kau."

Jaehyuk tidak mendengar kata-kata Hades. Dia sengaja mengendahkan kata-kata Hades.

"Hades, berhenti."

"Kau kenapa tak dengar cakap aku? Kau tak tahu aku siapa?" Hades bertanya.

Lagi sekali Jaehyuk diam.

'Tuhan, apa dosaku hari ini?' Jaehyuk mengetap giginya.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang