"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?"
"I will."
Status : On Going
Start Date : 20 March 2022
End Date :
[sambungan daripada Zombie Apocalypse]
!!!
Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod
- pembunuhan
...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
04 : Hyungnim, Help Us
"Apa?! Kau gila?!"
Junghwan segera menekup mulut Doyoung. Kuat juga suara kawan dia ni. Kalau vampir lain tahu yang mereka terlepas, boleh mati mereka.
"Kenapa? Kau tak nak?" Tanya Helios.
Doyoung mengetap bibirnya. "Tak. Aku tak khianati kawan aku."
"Kawan kau... Pureblood tu kan?"
"Macam mana kau tahu?" Tanya Doyoung.
Helios hanya mendiamkan diri. Wajahnya yang pucat dan mata yang merah itu dipandang lama oleh Junghwan dan Doyoung.
"Bagi kami keluar dari sini." Kata Junghwan.
"Lepaskan kami. Apa kau dapat kalau kau tangkap kami? Kau nak makan kami? Darah kami O. Dengar cerita kalau darah O ni bahaya." Kata Doyoung pula.
"Aku B lah-"
Doyoung menepuk dahinya. So Junghwan memang tak reti berlakon ke apa ni?
"Kalau aku dapat lepaskan kau, sekarang juga aku lepaskan. Tapi, aku tak boleh."
"Kenapa tak boleh?"
"Sebab kalau Dewa tahu, jantung kau berdua akan hilang." Kata Helios, sepertinya dia serius.
"Dewa? Siapa?"
"Dewa tu ketua kami. Dialah... Dialah yang jadikan aku vampir. Aku salah satu pengikutnya. Aku tak boleh khianati dia." Ujar Helios.
"Sebab tu lah aku tak nak khianati Asahi. Seperti kau yang sayangkan Dewa, aku sayangkan Asahi-"
Helios tiba-tiba mencengkam kolar baju Junghwan. Matanya bertukar merah gelap. Doyoung tersentak. Dia tak boleh menggerakkan badannya. Aura di sekeliling mereka terasa panas. Kenapa? Vampir ada kuasa ke?
"Siapa cakap aku sayang Dewa? Aku hormat pada dia. Tahu bezanya." Helios menolak Junghwan sehingga jatuh lagi. Serentak itu, Doyoung boleh bergerak.
Helios menggelengkan kepalanya. Dia melihat ke arah seklilingnya tidak ada sesiapa kecuali mereka.
"Kau tahu sekarang kau ada di mana?" Tanya Helios pada mereka berdua.
Mereja berdua berpandangan sesama sendiri. "Di mana?"
Helios menghulurkan tangannya pada Junghwan lalu dia menolong Junghwan bangun.
"Busan. Kau berdua di Busan. Inilah markas kami."
Helios melepaskan keluhan kecil. "Aku bukannya nak sangat tangkap korang tapi aku terpaksa."
"Apa maksud kau?" Tanya Doyoung.
Helios mendekati mereka berdua. Doyoung dan Junghwan mengundur ke belakang namun Helios memegang bahu mereka berdua.
"Okey, kalau kau tak nak jadi sebahagian dari kami, takpe. Aku akan tolong korang keluar dari sini. Ada cara lain."