"Jadi, yang hidup hanyalah lapan dari dua belas orang." Seorang lelaki berusia tiga puluhan itu menyandarkan badannya pada sofa. Dia memandang kedua-dua wajah anak kembar pasangan lelaki dan perempuan itu.
"Ayah, jadi, percentage untuk zombi dengan vampir datang kat dunia kita ni ada ke tak?"
Lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Tak pasti. Tapi, the last pureblood is already dead so mustahil ada yang hidup. Once raja mereka mati, mereka semua pun akan mati. Jadi, mustahil ada lagi."
"Tapi, ayah-"
"Kim Junhee, Kim Junhyuk. Ayah kata apa? Lepas dengar cerita ayah pergi sambung buat kerja sekolah, kan?"
"Ala, ayah. Tapi-"
Lelaki itu membuat ekspresi tegas.
"Tak boleh. Tak boleh."
Seorang wanita berambut hitam muncul di belakang mereka.
"Dah, dah. Ibu tak bagi kamu berdua main lagi, kan? Pergi siapkan kerja sekolah." Wanita yang dikenali ibu mereka itu berkata dengan nada tegas.
Cepat-cepat kembar itu naik ke atas masuk ke dalam bilik mereka. Wanita itu duduk di samping suamninya.
"Nama pun Kim Junkyu, mana nak tegas dengan anak."
Lelaki itu atau namanya Junkyu hanya tersenyum lebar. "Haah, mana saya nak marah diorang. Awak je boleh." Melihat wajah isterinya yang garang pun dia takut ni kan lagi nak dengar suara isteri dia marah. Ampun, mengundur.
"Anyway, saya nampak macam kereta adik awak kat depan rumah. Hari ni dah masuk tahun ke sepuluh kan since peristiwa tu?"
Junkyu melirik ke arah kalendar besar di dinding sebelum dia menganggukkan kepala.
"Mhm. Saya pergi dulu lah."
Sekuntum bunga mawar putih diletakkan di dalam satu almari cermin di rumah duka. Bunga mawar putih itu diberi pada pemilik bernama Bang Yedam. Bunga mawar biru pula diletakkan di nama Watanabe Haruto dan bunga mawar kuning diletakkan di nama Hamada Asahi.
"Apa pasal Haruto dengan Asahi tu kau letak bunga warna kuning dengan biru?" Junkyu bertanya pada Mashiho.
"Kan diorang suka warna tu. Kau ni, lupa ke?" Mashiho bertanya Junkyu kembali. Setiap kali datang, setiap kali tu lah Junkyu terlupa.
Barulah Junkyu teringat yang dulu mereka berdua belas pernah bertanya sesama sendiri, kalau mati nanti nak bagi bunga apa. Masing-masing pilih warna putih kecuali Haruto dengan Asahi. Katanya tak slay warna putih.
"Yedam, aku main gitar kau semalam sebab kau kat aku suruh aku petik gitar kau kalau rindu kau. Aku main gitar kau setiap malam, Dam." Doyoung mengusap cermin kaca milik Yedam itu.
Oleh kerana mayat mereka tidak dapat dijumpai, kerajaan Korea Selatan telah memutuskan untuk membuat rumah duka khas untuk para korban. Jadi, setiap cermin kaca almari itu diletakkan gambar dan barang-barang peninggalan mereka sahaja. Kalau Yedam, ada guitar pick warna hijau sebab dia suka main gitar. Kalau Haruto, ada kamera kecil sebab dia suka tangkap gambar. Kalau Asahi, ada rantai yang loketnya yang dalamnya ada gambar mereka berdua belas.
"Tak sangka, dah sepuluh tahun dah benda tu berlalu." Jihoon menghela nafas panjang.
"Dah setahun jugak kita kehilangan kawan-kawan kita." Hyunsuk berkata membuatkan suasana jadi sunyi.
Jaehyuk dan Jeongwoo masih merasa bersalah. Mereka berdua selalu datang ke sini untuk mengelap cermin almari tiga orang ni dan selalu sembur minyak wangi milik tiga orang ni untuk kekal wangi. Kalau habis, mereka beli lagi dengan jenama dan jenis yang sama.
Sebabkan masing-masing dah bekerjaya dan berkeluarga, sukar untuk mereka berkumpul akan tetapi setiap kali tarikh kematian kawan-kawan mereka, mereka semua akan berkumpul.
Seperti Junkyu, Jihoon dan Yoshi sudahpun bekeluarga dan mempunyai anak. Mashiho dan Doyoung pula sudahpun bertunang. Kalau Jaehyuk, dia sibuk dengan kerjanya sebagai pensyarah manakala Jeongwoo sibuk dengan kerjanya sebagai guru vokal. Untuk Junghwan, dia meneruskan pekerjaan ayahnya sebagai seorang saintis.
"Dahlah, korang. Benda dah berlalu. Bukan salah korang." Junghwan menepuk bahu Jeongwoo dan Jaehyuk.
Jeongwoo menundukkan kepalanya. Dia jadi sebak. Dia sanggup tikam kawan baiknya dari kecil, Haruto. Dia tak boleh maafkan dirinya. Air matanya menitis tiba-tiba.
"Bukan salah kau, bukan salah kau." Jihoon menarik Jeongwoo ke dalam pelukannya.
"Jihoon, mama kau macam mana? Sihat?" Jeongwoo tiba-tiba bertanya, dia mengesat air matanya. Soalnya sejak kejadian tu Jihoon cakap mama dia kena kanser otak. Jihoon terpaksa berhenti belajar dan bekerja sebab nak bayar biaya rawatan ibunya. Kawan-kawan dia ada hulurkan duit tapi dia tolak. Tapi, diorang kisah apa? Tetap diorang bank in kat Jihoon.
"Mama aku getting better sikit lepas buat rawatan minggu lepas. Dia dah makan banyak." Jihoon berkata lalu dia tersenyum.
"Lepas ni, bolehlah ajak mama kau jumpa mama aku. Buat high tea." Hyunsuk menyilangkan tangannya dengan wajah cerianya.
"Bolehlah."
"Eh, jomlah pergi makan. Aku laparlah, Asahi pun suruh kita makan." Junghwan menunjukkan pada cermin kaca milik Asahi. Seram sejuk mereka jadinya.
"Ish, bodohlah kau, Junghwan. Seriau aku." Doyoung menggosok lengannya. Naik bulu roma bila Junghwan berkata sedemikian.
"Lah, gurau je." Junghwan menyenggol bahu Doyoung.
Baru je mereka nak beredar, Jeongwoo nampak ada satu rama-rama bersayap biru hinggap pada cermin Haruto.
"Ish, rama-rama ni dah kenap-" Ayatnya Jeongwoo mati. Dia teringat akan satu kata.
"Jeongwoo, in case aku mati, aku akan lahir kembali jadi rama-rama." Haruto berkata dengan senyuman lebar.
Jeongwoo mengerutkan keningnya. "Kenapa rama-rama? Kan rama-rama hidup seminggu dua je?"
"Aku tak nak ambik exam."
"Faham."
Jeongwoo tersenyum lebar. Rama-rama ni, Haruto kah?
"Haruto, kau ke ni?"
Mereka berlapan laju berpaling ke belakang.
"Haruto?"
Rama-rama itu seperti mengerti dengan bahasa mereka. Rama-rama itu terbang mengelilingi mereka, masing-masing tersenyum.
"Kalau boleh, untuk kehidupan seterusnya, aku berharap kita akan kekal berkawan. Berdua belas." Yoshi berkata sambil dia tersenyum.
"Tak. Aku tak nak kita berkawan." Laju mereka berpaling memandang Junghwan.
"Habis, kau nak apa?"
"Aku nak kita jadi keluarga." Semua ketawa mendengar ucapan Junghwan. Tapi tak lama, Jeongwoo tepuk bahu Junghwan.
"Junghwan, mama kita nanti tak kuat nak lahirkan dua belas orang anak kan?"
"Eh, haahlah. Kalau macam tu, kita berkawan je lah."
"Eung, kita kawan sampai bila-bila."
● ● ● ● ●
Dengan ini saya isytiharkan Rise of a Prince : Chapter II telah tamat setelah sekian lama on going dengan kemalasan berganda.
Terima kasih sebab sudi baca cerita merapu apa ke benda ni.
Kalau nak baca lagi cerita pasal mereka berdua belas, boleh singgah ke buku-buku saya yang lain.
Sekali lagi, terima kasih •○• ♤♡◇♧
YOU ARE READING
𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈𝐈 : 𝐑𝐢𝐬𝐞 𝐎𝐟 𝐀 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞
Vampire"Asahi the pureblood will never disappoint us. Right, Asahi?" "I will." Status : On Going Start Date : 20 March 2022 End Date : [sambungan daripada Zombie Apocalypse] !!! Ada adegan 18+, yang takut darah sila skip untuk beberapa episod - pembunuhan ...