Nisa' pov
12:00 a.m.
Malam ni malam terakhir kitorang dekat sini..
Aku tengah sikat rambut Tikah,tiba-tiba Mama aka umi Tikah ngan umi masuk ke dalam khemah..penat dah kot.."Korang kenapa tak tidur lagi?"
"Tak ngantuk lagi mama..mama ngan umi nak tidur,tidurla dulu..selamat malam assalamu'alaikum.."
"yelah..wa'alaikumusalam.."
Aku layan mama macam mak aku sendiri..mama baik orangnya.penyayang sangat.
"Atikah akak nak tanya sikit boleh?"
"Tanya banyak pun takpe."
"Kenapa Tikah panggil mak Tikah umi tapi abang Tikah panggil mak Tikah mama?"hmm berbelit ayat aku.
"Umi ada cerita dekat Tikah..masa abang kecik dulu umur tu lebih kurang 5 tahun kot..masa tu Tikah kecik lagi..nak masuk 3 tahun.abang ada seorang kawan yang sangat rapat ngan dia..memang rapat sebab mak bapa diorang memang berkawan baik jadi kadang-kadang kawan abang akan tidur rumah kitorang..nak kata rapat sangat diorang tu klu sehari tak jumpa meraung...jadi nak jadi kisahnya kawan abang ni selalu panggil umi "umi" sama macam kitorang panggil umi dulu maksudnya abang dulupun panggil umi "umi" bukan mama.Pada satu hari ni,kawan abang jatuh tangga dan meninggal sebab organ dalaman rosak..jadi sejak dari tu..abang sentiasa termenung dan tak lalu makan..setiap kali dia dengar Tikah panggil umi "umi" dia nangis sebab terlalu rindukan kawan dia tu.umi ngan walid dah pujuk dengan pelbagai cara tapi abang tetap tak macam dulu jadi suatu hari entah dari mana umi dapat idea dia suruh panggil dia mama..jadi abang dah mula nak buka buku baru..lama2 abang jadi lupa pasal kawan dia.."
"Wah!Drastiknya cerita..tapi macam mana Tikah boleh panggil umi balik?"
"oo..satu hari tu Tikah terkeluar perkataan umi dari mulut Tikah..pastu abang hanya melihat Tikah pastu tersenyum..umi pun tiba-tiba cakap anak-anak mama nak panggil mama umi pun boleh..so Atikah panggil jelah mama "umi".abang jer yg tetap nak panggil mama.."
Bila fikir balik kisah kawan Khairi dia mengingatkan aku dekat....
Tak kot..andaian aku jer..Dek mendengar cerita Atikah yg panjang sangat tu,rambutnya siap aku tocangkan..wah cantik!!
Sekarang giliran Tikah pula membelai rambut ku."Akak nak dengar berita terkini tak?"
"Gosip akak tak nak dengar tapi klu berita terkini akak nak dengar."
"apalah akak ni..bukan gosip.Berani Tikah gosip depan akak?Tak pasal-pasal kena tampar mulut karang..bukanlah cuma berita hot and spicy jer...""emm yelah..macam-macam kau ni dik..hmm apadia?"
"walid dah jodohkan abang dengan seorang gadis ni..muda.Tikah suka dan berkenan sangat nak jadikan dia kakak ipar..sekarang abang tengah fikir..klu jadi lepas habis camp ni boleh la walid masuk meminang"
Ya ALLAH!kenapa tiba-tiba hati ni rasa macam disiat-siat..astaghfirullah..sakitnya perasaan aku..aku tahan diri daripada menitiskan air mata..
"Atikah...akak ngantuklah.Dah larut malam ni jom tidur.mamapun dah tidur..assalamu'alaikum..akak tidur dulu.."
"Eh akak..rambut akak tak siap lagi tu.."
P/S:assalamu'alaikum saudara seagamaku..sorry klu tak best esok insya'allah update lagi..korang maafkan segala typo atau segala isi yg ada yang telah membuat anda terasa..
#please enjoy,vote and comment
YOU ARE READING
Assalamu'alaikum,cinta!
Teen FictionKhairunnisa Ainul Aisyah,gadis berpurdah yg berkahwin di penghujung usia 16 tahunnya dgn lelaki yg x terduga menjadi suaminya,Khairi Akmal seorang yg kuat pegangan agamaNya yg tua setahun daripadanya..Fuhh,citer yg amat cliche bagi pembaca namun nan...