part 13

3.1K 166 9
                                    

Nisa' pov

Tiba-tiba telefon Khairi berbunyi.

"wa'alaikumusalam w.b.t."

"Ya,saya menantu diorang.Ada apa?"

Kemudian Khairi memandang aku dengan wajah yang pucat..

Ya ALLAH!Ada apa ni?Kenapa dengan orang tua aku?

"Awak,saya rasa umi ngan abi tak jadi balik hujung minggu ni."

Khairi beragak untuk memberitahu aku.

"Ke..ke..kenapa?"jantung aku berdegup dengan kencang.

"Kalau saya bagitau,awak jangan panik ya?"

"Khairi!Cakaplah elok-elok!"

Aku memukul bahu Khairi kerana buat aku tertunggu-tunggu.Aku tak suka perasaan ni.

"Umi..umi.."

"umi apa?"suara aku mula rendah.Air mata aku mula bergelinangan.

"Umi jatuh semasa turun van nak balik dekat hotel.Sekarang ni umi dirawat di sana.Diorang kata terseliuh teruk jugalah.Jadi abi dengan umi akan balik Malaysia lambat sikit."

Aku dah menangis teresak-esak.KHAIRI!!!!!!!Aku ingat dah kenapalah dengan parent aku.Rupanya kaki umi terseliuh jer.Kau ni buat risau aku jer!

"Alah,awak..janganlah nangis.Umi terseliuh jer.Dah,dah jangan nangis."

Khairi peluk aku dan gosok belakang aku.Akupun tolak dia.

"Awak taupun umi terseliuh jer.Yang awak bagitahu umi terseliuh gaya umi ngan walid dah meninggal tu kenapa?Risau saya!"

Khairi tersenyum macam kerang busuk dekat situ.Akupun sambung tangis aku balik.Nasib dapat laki macam ni.Khairi kembali peluk aku erat.

"Awak,maaf!Saya slow talk sebab saya tak nak awak panik.Tak tau pulak saya awak fikir sampai ke situ..Sorry..."

Aku cuba tenangkan diri aku.Khairi hulurkan air mineral kepada aku.Aku minum dengan perlahan.Aku pikul beg aku dan masuk ke dalam rumah.

"Assalamu'alaikum."Atikah bagi salam dekat aku walaupun sepatutnya aku yang bagi salam sebab aku yang masuk ke dalam rumah.

Aku memanjat tangga terus menuju ke bilik.Usai sampai di dalam bilik aku terus buka purdah dan tudungku dan bersiap untuk mandi.Aku sangkutkan tuala di atas bahuku dan menuju ke arah bilik air.Elok aku nak buka pintu bilik air Khairi pegang tangan aku.Aku pusing dan melihat muka dia sedikit merah sambil nafas termengah-mengah.Lari lahtu naik tangga tadi.Tiada senyuman ku ukirkan untuknya.

"Awak merajuk ke?"

Dia tanya lepas dapat bernafas dengan normal.

"Taklah."Aku jawab ringkas.

"Habis tu?"Tangannya masih menggenggam lengan aku.Aku tarik perlahan-lahan tanganku supaya dia lepaskan.

"Saya penat.Nak mandi,tidur."

Dia lepaskan lengan aku.Aku boloskan diri ke dalam bilik air.Aku memang dah tak merajuk tapi aku betul-betul penat.

3 BULAN KEMUDIAN...

#result spm bah....

Khairi pov

Macam manalah rupa result aku tu?Esok aku akan bertemu dengan mu hai result ku!Tiba-tiba pintu bilikku dikuak perlahan-lahan dari luar.

"Assalamu'alaikum.Awak dah tidur ke?"Aku bangun dari pembaringan dan duduk berjuntai di birai katil.Tersenyum kelat.

"Wa'alaikumusalam."

Assalamu'alaikum,cinta!Where stories live. Discover now