⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡
ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA
Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
JAM sudah menunjukkan pukul 10 pagi namun kelibat Aryan, Carl dan Ray masih tidak kelihatan. Agaknya nak kena tunggu makanan sejuk dulu baru keluar bilik.
Tanpa melengahkan masa, Cara terus pergi ke bilik Aryan untuk memanggilnya. Kedengaran suara Aryan sedang bercakap di telefon. Pintu biliknya juga dibiarkan terbuka luas.
"What the hell are you guys doing?! How can he escape? Are you guys stupid or what!?" katil disebelah ditumbuk kuat oleh Aryan. Mujur saja tak patah.
Cara mendengar semuanya. Ketika itu, riak wajah Aryan adalah bukan seperti Aryan yang dia kenal. Kali ini seperti Aryan tapi dari sisinya yang berlainan. Namun Cara tetap berfikiran positive. Mungkin ada apa-apa yang terjadi di pejabatnya.
Namun Aryan yang kita kenal pasti akan bertindak balas dengan pantas. Dia terus menukarkan bahasanya kepada Italy setelah melihat Cara berdiri di hadapan pintu biliknya.
"Non voglio sentire una scusa. Domani torno lì voglio vedere il ragazzo davanti ai miei occhi. (aku taknak dengar alasan. Esok aku balik sana aku nak tengok budak tu depan mata aku)"
Aryan mematikan panggilan.
"Saya dah siapkan sarapan. Awak boleh keluar makan." ajak Cara.
Aryan sekadar mengangguk tanda setuju.
-
SETELAH itu Cara terus menunggu mereka di dapur. Muka Ray yang baru sahaja bangun tidur itu mengejutkan dia.
'Ini masa yang terbaik. Tak patut aku sia-siakan'
"GOODMORNING RAY!!!!!" jerit Cara sengaja buatkan Ray terperanjat.
"Eh bodoh bodoh selamat malam dan selamat petang tuan puan."
"HAHAHAHAH kau memang gila la Ray." Cara tergelak besar.
"Balas dendam ke cik adik tempang? Mentang-mentang dah boleh berjalan." sinis Ray.
"Eee dah la ada air liur basi. Tidak layak sama sekali untuk berbual dengan Cara." Cara menjelir lidah.
Aryan dan Carl muncul. Begitu juga dengan Rossa dan Aydan.
"Kau orang ni kalau tak bergaduh sehari memang tak boleh hidup dah ke?" Carl memerli pedas.
"Ini Cara la. Kejahatan di balas kekejaman. Hehe.." Eh macam tu pula.
"Eh Cara ni awak tu perempuan, mengalah la sikit dengan hero." Rossa mencelah sambil menuangkan air bandung ke dalam gelas.
"No no itu bukan prinsip Cara tau ibu." Cara membantah.
"Boleh makan tak? Kalau tak aku nak masuk bilik." ujar Aryan bersama nada tegasnya. Asyik marah je.
Tidak peliklah bagi seorang yang berhati beku seperti Aryan malas melayan kerenah kami yang bermacam-macam.