"Goodbyes are only for those who love with their eyes. Because for those who love with heart and soul there is no such thing as separation."
- Rumi -BELLA yang baru sahaja mendapat berita tentang keadaan Cara terus sahaja bergegas ke rumah Aryan. Kelas pagi pada hari ini dia ponteng.
"Cara? Kau kenapa ni sampai berbalut macam ni? Siapa buat kau?" terus sahaja Bella menegur Cara setelah dia diizinkan masuk ke dalam bilik.
Tanpa menjawab soalan Bella, Cara terus memeluk Bella dan menangis di dalam dakapan sahabatnya itu.
"Ya Allah kau kenapa ni? Nangis pulak dia." Bella mengusap perlahan belakang Cara.
"Aku nak ikut kau balik..Aku tak kuat.." bersama dengan tangisan Cara meneruskan percakapan.
"Ye Cara petang ni aku ambil kau ya?" tanpa membantah Bella terus bersetuju. Dia faham bahawa Cara perlukan masa untuk menceritakan semuanya.
Tangisan Cara semakin teresak-esak setelah itu.
"Aku tahu kau kuat Cara. Kau dah banyak hadapi macam-macam dalam hidup kau. Kadang-kadang kehidupan kita ni perlu diuji sebab kalau bahagia je macam tak lengkap." Bella turut mengalirkan air mata. Tidak sanggup melihat Cara sedih begini.
"Aku tahu semua tu Bella tapi aku percaya kat Aryan sangat-sangat. Tapi rupanya dia pun sama je macam ibu.." matanya yang sudah bengkak itu digosok perlahan. Dia sudah banyak menangis.
"Takpe nanti kau cerita dekat aku eh? Sekarang ni kau packing dulu baju kau lepastu petang ni aku datang balik ya?" air mata Cara dikesat oleh Bella.
Cara sekadar mengangguk sebelum Bella keluar dari bilik untuk balik ke University. Cara terus bangun dari pembaringan dan mencabut semua wire yang dipakaikan oleh doktor. Beg diambil untuk menyimpan baju-bajunya.
Cara melipat baju-baju untuk dibawa pulang ke asrama University. Air mata sedari tadi mengalir. Betulkah tindakan yang bakal dia lakukan?
Pintu bilik dikuak dan ditolak perlahan. Aryan yang menyedari Cara sedang melipat baju terus menuju ke arahnya.
"Kau nak pergi mana ni? Kenapa cabut wire-wire tu?" terus sahaja beg roda tersebut ditarik oleh Aryan.
"Saya akan pergi petang ni." bibir bawahnya digigit setelah dia mengujarkan itu.
"Tapi kau masih sakit sayang..Tunggu la sembuh dulu.." lengan Cara terus dipegang.
"Lepaslah Aryan. Kenapa awak nak risau sedangkan awak sendiri yang dah buat saya macam ni?" mata Cara tidak memandang pada Aryan langsung. Terasa bahang di dalam dadanya namun dia masih cuba untuk bersabar.
"I'm so sorry dolce cuore. I'm such a bad husband." cukup lembut suaranya.
"No. You're A Devil husband because you're A murderer." Cara membidas. Tangannya digenggam kuat.
YOU ARE READING
Mrs. Aryan Herriez
Romance⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...