USAI makan, Cara dan Aryan berjalan-jalan di kawasan ini. Tidak dinafikan lagi kawasan ini memang cantik. Terdapat banyak tangga disepanjang perjalanan mereka.
Duit Aryan juga banyak dihabiskan untuk membeli cenderamata. Biasalah Cara nak belikan untuk kawan-kawannya di University.
SETELAH hampir 3 jam berjalan. Akhirnya Cara membuat keputusan untuk pulang berehat. Aryan hanya bersetuju. Esok kan ada lagi. Namun perkara lain yang terjadi.
Bang! Bang! Bang!
Sungguh dia terkejut apabila mendengar bunyi tembakan. Ini sudah masuk kali kedua tembakan sebegitu berlaku.
"SIGNOR!" Carl terus memanggil Aryan dan mencampakkan pistol kepada Aryan.
Pistol? How? Sejurus dengan itu Aryan terus menguraikan pegangan dan menolak Cara kasar untuk pergi kepada Carl. Dia terus berlari menghilang bersama dengan Ray.
"What happened?" soal Cara kepada Carl sambil berlari menuju ke homestay.
"Nothing signora. Signor just need to do his job."
'Kerja apa sampai kena guna pistol? Dia ada lesen ke?' gumam hati Cara sendiri.
-
ARYAN dan orang kanannya berbalas tembakan. Peluh membasahi tubuh Aryan. Bagi mereka serangan kali ini bukanlah saingan mereka.
Dan tiba-tiba sepucuk pistol singgah di dahi Aryan. Dan pistol Aryan singgah di dahi lelaki itu.
"Nice to meet you, Fareez Eimann Carlos!" ujarnya penuh sinis. Tak ada rasa takut walaupun pistol masih di kepala.
"Nice to meet you too Aryan." Reez mengukir senyum ngeri.
"Bijak jugak kau ni Aryan. Awal-awal dah buat persiapan." sambungnya sambil pistol ditekan kuat pada dahi Aryan.
"Kau yang bodoh! Aku dah lama rancang kau je yang lalai." nadanya penuh sinis.
"Kau dengan keluarga bodoh kau boleh pergi mampus!!!!" nada Aryan naik seoktaf lalu pistol di tangan Reez di sepak. Dia mengambil kesempatan itu dengan melepaskan tembakan lalu terkena bahu kiri Reez.
Aryan duduk mencangkung di hadapan musuhnya yang sudah rebah itu. Takkan la baru tembak bahu dah jatuh.
"Aku takkan biarkan kau mati macam ni je. Kau kena rasa apa yang aku rasa selepas apa yang family kau buat dekat family aku!" keras nada Aryan.
"Argh! Kau memang iblis Aryan! Tak puas lagi ke apa yang kau dah balas?!" balasnya dengan meraung kesakitan.
"Disebabkan aku iblis lah aku tak puas!!" terus saja tumbukan dihadiahkan pada wajah Reez.
Namun itu tidak lama, tiba-tiba sebilah pisau ditusuk dari belakang Aryan. Aryan terus bertindak balas dengan menyepak kaki lelaki itu dan..Bang!Bang! Dua das tembakan dilepaskan pada dada lelaki tersebut. Balasan.
YOU ARE READING
Mrs. Aryan Herriez
Romance⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...