Part 63

1K 58 9
                                    

BANG! BANG! BANG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANG! BANG! BANG!

Bunyi tiga das tembakan yang sangat kuat melepasi gegendang telinga Cara dan secara automatik lelaki asing itu rebah ke atas tubuh badannya.

Darah yang banyak terpercik keluar menyebabkan tubuh badan Cara terkena darah lelaki itu.

Perkara yang terjadi dengan pantas serta merta membuatkan Cara tersentak. Matanya terbuka luas akibat bunyi das tembakan yang sangat kuat itu. Cara menolak kuat tubuh badan lelaki yang menindihnya itu tanpa amaran sehingga kepala lelaki itu terhantuk pada tiang besi.

Namun demikian, siapakah gerangan yang melepaskan tembakan tadi? Siapakah yang menolongnya?

Tanpa membuang masa, tubuhnya yang lemah longlai itu dipaksa bangun untuk keluar dari kawasan usang tersebut. Tambahan pula, keadaan yang gelap itu menyukarkan Cara untuk mencari jalan keluar.

Apabila dia menjumpai jalan keluar, perkara yang lebih mengejutkan Cara lagi ialah persekitaran yang dilihat olehnya sekarang.

Hutan.

Semakin sukar la untuk seorang Cara Estella mencari jalan keluar. Namun itu bukan alasan. Sepantas kilat dia melarikan diri mengharapkan dia mendapat petunjuk jalan keluar.

Otaknya sedari tadi ligat memikirkan siapakah yang melepaskan tembakan bertalu-talu tadi.

Tiba-tiba seakan figura asing menjengah sistem penglihatannya.

"Sir? Are you there? Help me..." Cara memohon pertolongan kerana siapa lagi yang boleh dia harapkan untuk keluar dari kawasan hutan tebal tersebut.

Cara melangkah ke arah figura asing yang menangkap perhatiannya. Figura itu tidak menganjakkan diri malah seakan-akan mempelawa Cara untuk mendekati dirinya.

Dadanya berombak kuat seakan tsunami dek kerana saluran pernafasannya seperti tersekat.

Tiba-tiba...

BUK!

Tubuhnya akhirnya rebah ke dalam pangkuan lelaki itu.

-

CARL dan Ray baru sahaja tiba di tempat kejadian bersama dengan orang-orang Aryan yang lain. Mereka sudah dapat menjejaki Cara namun hampa dek kerana Cara tiada disitu.

Yang tinggal hanyalah sekujur mayat lelaki yang menculiknya.

"Trova subito Cara nelle vicinanze nella foresta! (find Cara in the forest now!)" penuh tegas Carl mengarahkan anak buah Aryan. Perasaan risau usah dikata, sedari tadi suara Aryan sahaja yang menghantui kotak fikirannya.

Cara Estella adalah amanahnya.

"Cuba kau check peluru apa yang dia guna. Cara yang lepaskan tembakan atau orang lain?" ujarnya pada Ray tatkala tangannya naik menarik rambutnya kebelakang.

"Wait." jawabnya sepatah sekaligus tubuhnya mendekati mayat lelaki asing tersebut. Bau darah yang hanyir kian menyusuk hidungnya.

Dengan menggunakan peralatan yang ada, dia mendapati peluru tersebut bukanlah daripada pistol glock yang sememangnya digunakan Cara untuk kerjanya sebagai seorang private investigator.

"No this is not the bullet from Cara's gun. Aku rasa someone was here selamatkan Cara atau..." Ray tidak mampu menyambungkan kata-katanya. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Tiba-tiba sahaja walkie talkie milik Carl mengeluarkan bunyi menandakan seseorang ingin melaporkan maklumat.

"Carl!"

"Speak."

"La signorina è andata. Abbiamo trovato tracce di lui, ma c'è qualcuno qui. (Cara already missing. We can trace her but someone was here too.)" penuh teliti anak buah Aryan melaporkan.

"How did you find her?" soal Carl inginkan jawapan.

"Her watch is here." jawabnya ringkas.

"Fingerprint?"

"Nothing."

Walkie talkie terus sahaja diselitkan pada tepi seluarnya.

"Let's go. Cara mungkin tak jauh dari sini."

Sejurus mendengarkan itu, Carl dan Ray beredar keluar dari kawasan tersebut dan dengan pantas mengaturkan langkah ke tempat yang dituju.

'I'm so sorry Aryan.' gumam hatinya sendiri. Perasaan bersalah kian melonjak setelah merasakan Cara diculik buat kali yang kedua.

-

DIA memandang raut wajah Cara dengan penuh kelembutan. Cara seorang yang sangat kuat baginya. Tiada siapa pun yang dapat menandingi kekuatan seorang wanita yang berada dihadapannya ini.

"Emmm..." Cara merengek apabila merasakan seseorang sedang menilik wajahnya.

Cara memaksa matanya untuk dibuka namun dia gagal. Matanya masih terasa berat untuk dicelikkan dan tubuhnya masih terasa sakit selepas kejadian itu.

"Shhh sleepwell..." nadanya penuh dengan kelembutan.

Lelaki yang berada dihadapannya ini bukanlah seperti lelaki yang menyeksanya. Dia sangat lain. Cara perlu membuka mata untuk mengetahui siapakah lelaki itu.

Namun buat sekalian kalinya, dia masih gagal. Perutnya turut berkeroncong hebat dek kerana sejak semalam dia masih belum mengisi perutnya dengan apa-apa makanan.

BEBERAPA jam telah berlalu, lelaki itu masih setia menunggu Cara bangkit dari lenanya sehingga tertidur di hujung katil.

"Aryan...Aryan..." Cara bercakap di dalam tidurnya. Sudah menjadi rutin hariannya kerana dia pasti akan bermimpi tentang Aryan apabila dia tidur.

Cause in my dream, I will always find my way back to you.

"Aryan..." Cara yang meronta sedikit di dalam tidurnya menyebabkan lelaki itu terjaga.

"Aryan..." ujarnya lagi. Matanya masih belum mampu dicelikkan namun air matanya tidak dapat bertahan dari terus mengalir di pipi. Sungguh dia rindu pada suaminya itu.

"Mi manchi più di quanto al sole manchi il cielo di notte, dolce cuore."

"I miss you more than the sun misses the sky at night, sweetheart."

"Mi manchi in un modo che nemmemo le parole possono capire."

"I miss you in ways that not even words can understand."

"My love, we only part to meet again."

Lelaki itu mengusap air mata Cara yang terus menerus mengalir di pipinya yang mulus. Pipinya yang telah banyak dijadikan laluan untuk air matanya mengalir.

Tindakan drastik lelaki itu terus mengejutkan Cara daripada lenanya. Matanya terus terbuntang luas.

Tika ini...

Saat ini...

Mata mereka bertembung. Iris hazel milik Cara Estella merenung lama iris turqoise milik lelaki itu. Masih lagi terasa seperti dulu.

"Aryan..."

"Estella..."

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now