Part 31 : Begin

1.5K 73 3
                                    

Seminggu telah berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu telah berlalu..

Cara baru sahaja sampai dipekarangan University of Manchester. Dia bersalaman dengan Aryan dan terus keluar dari kereta untuk menuju ke bahagian locker sebelum masuk ke kelas.

Bella yang baru sahaja memunculkan diri terus sahaja ditegur oleh Cara.

"Eh Bella kau dah siap ke assignment Mr. Harriot?" Bella tersentak apabila ditegur secara mengejut oleh Cara.

"Eh kau ni memang tak boleh bagi salam dulu eh? Aku dah siap lama dah." Bella menjawab sambil memutarkan bola matanya.

"Aku ingat kau belum siap. Yelah kau kan suka buat last minute." sengaja Cara mahu mengusik Bella.

"Itu kau!" lengan Cara ditampar Bella.

Cara tergelak kecil sebelum mengusap lengan yang ditampar oleh Bella.

Mereka berdua bergegas menuju ke kelas setelah melihat Mr. Harriot yang baru sahaja dalam perjalanan masuk ke kelas.

"Goodmorning everyone. Let's discuss about the assignment that I gave you last week." ujar Mr. Harriot lalu mempersilakan mereka duduk.

-

FAREEZ berpuas hati melihat konco-konconya yang kian menambah setiap hari. Dalam masa empat bulan ini, dia mengambil kesempatan di atas kesenyapan Aryan. Kerana dia sudah berjanji bahwa dia akan balas dendam.

"Today is the day Aryan. I'll make sure you suffer.." senyum sinis terukir. Niat jahat yang telah pudar akan membuak kembali.

-

SETELAH tamatnya kelas, Cara dan Bella bercadang untuk mengulang kaji pelajarannya di perpustakaan. Sedang asyik membelek buku, Cara memulakan perbualan.

"Sebenarnya kan Bella. Aku ada benda nak bagitahu kau. Kepala otak aku ni rasa macam nak pecah bila fikir balik." Anak mata Bella terus memandang Cara.

"Pasal apa? Sounds serious.." soal Bella masih keliru. Dahinya turut berkerut.

"About Aryan." terus Bella menghentikan perilakunya dan memberikan fokus yang selayaknya pada Cara.

Pada malam itu, Cara tekad untuk mencari maklumat tentang Aryan. Dia perasan bahawa hanya Aryan, Carl dan Ray sahaja dibenarkan masuk di bilik bawah tanah itu. Jadi, Cara mengambil kesempatan untuk memasuki bilik tersebut apabila mereka bertiga ada urusan di Italy.

Dia menapak turun tangga dengan perlahan-lahan. Matanya tertumpu pada bodyguard Aryan yang menjaga pintu utama. Apabila bodyguard itu memandang ke hadapan, Cara terus berlari anak untuk menuju ke bilik bawah tanah itu.

Cara menuruni tangga untuk ke bilik bawah tanah itu dengan penuh berhati-hati. Pintu besi itu dikuak perlahan supaya tidak akan mengeluarkan bunyi dan akhirnya dia berjaya masuk.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now