SERINGKALI dia merenung pemandangan jalan raya tatkala dia fokus kepada pemanduan. Seringkali juga otaknya memikirkan bagaimana jalan penyelesaian untuk menyiasat kes yang telah diamanahkan kepadanya. Seringkali kenangannya bersama Aryan Herriez menjengah di kotak fikiran Cara Estella.
Cara tersenyum kelat. Kolam matanya sedikit bertakung kerana rindu ini amat menyakitkan baginya.
'How can I heal from this pain Aryan? You disappear just like that and you're hoping me to accept your dead? No Aryan no.' gumam hatinya sendiri.
Kereta black jaguarnya memasuki kawasan pekarangan rumah. Hon dibunyikan sengaja mahu memberitahu bahawa dia sudah pulang ke rumah. Namun perkara itu hanya sia-sia kerana mereka tidak akan mendengar bunyi hon itu dek kerana lebih awal lagi mereka telah bersembunyi di atas.
Tombol pintu dikuak perlahan tatkala matanya melilau memandang keadaan dalam rumah.
"Gelap gelita. Mana semua orang?" Cara menanyakan diri sendiri. Keningnya berkerut.
Secara tiba-tiba, suatu bayangan asing seakan baru sahaja melintas di belakang tubuh Cara. Dia hanya mengendahkan sahaja dan menganggap tadi itu hanya gangguan semata. Baginya perkara itu sudah menjadi kebiasaan padanya.
"Hello? Jangan nak main sorok-sorok la dengan Cara. It's not funny at all. I'm really tired today." ujarnya penuh lesu. Dahlah tengah penat ni. Ada pulak ajak main sembunyi-sembunyi macam budak darjah 1.
Tanpa melengahkan masa, Cara terus mencari suis elektrik untuk mengembalikan sumber elektrik. Punat suis ditekan.
Pap!
Pap!
Pap!
Namun demikian, ia hanya sia-sia sahaja apabila kornea matanya masih gelap walaupun sudah membuka suis elektrik. Aik? Blackout ke? Tapi mana pergi yang lain?
"Seriously ayah? Lissa? Carl? Ray? Kau orang tinggal Cara seorang ke kat rumah ni?" nadanya sedikit meleret. Mana mungkin dia ditinggalkan keseorangan dalam keadaan sebegini.
Suddenly..
"Hello sweetheart.." Cara menangkap suatu suara asing yang menegurnya.
Tiba-tiba sahaja pandangannya menjadi kabur dan akhirnya dia rebah ke dalam pangkuan seseorang.
-
MASING-masing telah bersiap sedia untuk menunggu Cara keluar daripada lif. Seperti selalu, Cara akan terus naik ke atas setelah baru balik dari kerja.
Katanya ingin meredakan tekanan kerja.
Namun demikian hanya dia seorang sahaja yang tahu.
Jam dikerling pada lengan Carl. Tiba-tiba sahaja terbit kerisauan terhadap isteri Aryan Herriez.
"Take care of my wife bro. Don't let her beautiful eyes shed any tears."
YOU ARE READING
Mrs. Aryan Herriez
Любовные романы⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...