⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡
ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA
Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PADA petang itu, Bella dan Cara meneruskan rancangannya apabila Aryan baru sahaja keluar untuk ke pejabat. Mereka kini berada di depan bilik Office Aryan. Line clear so proceed!
"Kau jaga betul-betul tau. Kalau ada bodyguard Aryan lalu kau terus ketuk pintu lepastu kau lari eh. Aku boleh sorok dalam ni dulu." jelasnya penuh teliti. Bella hanya mengangguk.
"Hati-hati Cara." pesannya apabila pintu pejabat sudah dibuka.
Dia menutup kembali pintu tersebut apabila sudah memasuki ruang kerja Aryan. Mejanya dipenuhi dengan kertas-kertas syarikat. Banyak jugak company keluarga Aryan. Tak pelik lah sampai ada private jet sendiri.
Cara menapak ke bahagian rak buku untuk mencari. Namun semuanya sia-sia sahaja kerana dia tidak menjumpai apa-apa mahupun di atas meja dan laci-laci meja Aryan.
"Tak ada apa-apa pun. Tak baiknya aku ni ragu-ragu dengan suami sendiri. Takpelah." ujarnya sendiri.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar apabila misinya tidak berjaya.
"Eh kenapa cepat sangat kau keluar?" soal Bella.
"Tak ada apa-apa pun weh. Semuanya pasal syarikat dia je." jujur Cara.
"Jom lah pergi perpustakaan. Aku nak guna computer." sambung Cara.
"Ha jom.." Fikiran Bella dari tadi tidak tenang. Dia merasakan bahwa keputusan Cara untuk memasuki ruang kerja Aryan adalah amat salah.
MEREKA memasuki bilik perpustakaan dan mengambil tempat di meja yang terdapat komputer.
"Kau ingat tak pasal Rossa ada bagitahu Aryan pernah bunuh mak dia. Aku ingat nak buat research tapi nama mak dia aku taktahu." jelas Cara.
"Ye ye dengar. Kau cuba pergi tanya maid kau. Mungkin dia tahu?" Bella memberi cadangan.
Sejurus dengan itu, Cara bergegas turun ke bawah untuk berjumpa dengan Lissa. Ketika dia mencari Lissa, dia ternampak bilik bawah tanah itu bercahaya namun dia hanya mengendahkan sahaja kerana dia masih dengan rencananya.
"Lissa!! Masak apa tu kat dapur?" soalnya pembuka kata.
"Lissa tengah buat makan petang. Cara dah siap study ke? Mana Bella?" Lissa menyoal kembali.
"Belum lagi ni. Bella dekat bilik perpustakaan. Cara turun sebab nak tanya soalan kat Lissa." Cara berterus-terang.
"Tanya apa tu?" soalnya sambil mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.
"Apa nama mak Sir Aryan?" Sejurus itu, pinggan yang dipegang Lissa terjatuh di dalam sinki.
"Eh kenapa ni Lissa? Cara ada salah sebut ke?" cemas Cara menyoal.