Part 65 : Aryan X Cara

1.2K 55 4
                                    

PINTU wardrobe bilik Aryan dibuka sebelum tangannya mencapai hoodie dan seluar slack untuk dipakaikan pada Cara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU wardrobe bilik Aryan dibuka sebelum tangannya mencapai hoodie dan seluar slack untuk dipakaikan pada Cara.

Dengan perlahan Aryan menyarungkan hoodie tersebut pada tubuh Cara setelah t-shirt ditanggalkan oleh Aryan. Cara tidak membantah malah hanya membiarkan perilaku Aryan tersebut kerana Aryan merupakan suaminya. Setiap gerak geri Aryan juga hanya diperhatikan oleh Cara.

"Aryan..." panggilnya dalam nada bisikan.

"Hm?" pandangan terus dialihkan pada Cara.

"Nothing." senyum nipis terukir.

"Okay you're done. Let's go." terus sahaja Aryan mencempung tubuh Cara tanpa amaran. Cara berdecit kecil kerana terkejut dengan tindakan drastik suaminya itu.

"What? Kenapa tenung aku macam tu?" soal Aryan apabila melihat Cara yang  sedari tadi tidak melepaskan pandangan darinya.

"Err...Takde pape." terus sahaja wajahnya disebamkan pada dada bidang Aryan yang dibalut dengan kemeja berwarna hitam itu. Aroma Aryan menusuk ke saluran pernafasannya. Tidak pernah dia melupakan aroma itu.

"Miss me tesoro?"

Jeda. Cara tidak mampu membalas waima perasaan rindu yang melanda dirinya amatlah menyakitkan.

Sementelah itu, tubuh Cara diloboskan ke dalam perut kereta sebelum pintu kereta ditutup oleh Aryan.

Pandangan Aryan hanya fokus kepada pemanduannya manakala Cara sedari tadi berfikir kemanakah Aryan ingin membawanya dan apakah tujuan Aryan berbuat sedemikian?

Tiba-tiba sahaja Aryan mencapai tangannya lalu dielus dengan lembut. Satu kucupan hinggap pada kekura milik Cara. Aryan masih lagi fokus pada pemanduannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ketika itu juga kawasan pergunungan menghiasi kornea mata mereka berdua.

Serene.

BEBERAPA minit telah berlalu, kereta Aryan diberhentikan pada puncak pergunungan itu. Sejurus itu, Aryan keluar daripada kereta dan terus membuka pintu kereta di bahagian penumpang.

Buat kali kedua dia terus mencempung tubuh Cara tanpa soal. Pintu kereta ditutup sebelum dia meletakkan tubuh Cara pada permukaan rumput.

Kini dengan jelas mereka boleh melihat pemandangan yang sangat indah. Terdapat sebatang sungai di bawah bersama dengan alunan air terjun. Bunyi-bunyian burung berkicauan turut serta menambahkan lagi ketenangan dijiwa. Awan-awan juga seakan berada sangat dekat dengan mereka.

"So beautiful." satu senyuman termanis diukir pada bibir munggil Cara.

"Missing that smile." ungkap Aryan.

"I miss you too." jujur Cara. Akhirnya dia dapat mengungkapkan kebenaran tersebut.

Aryan menoleh untuk memandang Cara.

"Hmm...What are we doing here?" terus sahaja Cara menyoal. Tidak mahu Aryan memandangnya sebegitu.

"So here..." Aryan mengambil nafas panjang.

"I want you to let go everything. What hurts you, what upsets you, what is making you sick and..."

"Things you hate."

"Including me dolce coure."

"Saya tak-" tanpa sempat Cara membalas, Aryan terlebih dahulu mencelah.

"Bagi aku cakap dulu sayang..." penuh kelembutan kata-katanya.

Cara hanya mengangguk tanda setuju.

"Before I give you a chance to let it all go, I want to tell you the truth of everything. Aku tahu kau mesti tertanya-tanya kenapa aku tinggalkan kau, kenapa aku palsukan kematian aku. That's not even my intention Estella." pandangan dipalingkan pada Cara. Mata mereka bertembung.

"Everything happens for a reason." tangan Aryan terus mengelus pipi mulus milik Cara.

"Come here." Aryan merangkul pinggang ramping milik Cara untuk mendekatkan jarak mereka. Kepala Cara turut disandarkan pada dada bidang Aryan.

"Tell me everything Aryan." pinta Cara.

Nafasnya ditarik panjang sebelum memulakan penjelasan.

"Masa kau hampir kena tembak tu, I knew it was Rossa who paid the girl to kill you. I was very mad that time and I'm totally change like I was before."

"Aku jadi lagi geram bila dapat tahu Rossa hampir nak langgar kau. She almost killed you Estella! She also stabbed your thighs! Dari situ aku dah tekad untuk hancurkan dia!" nadanya naik seoktaf. Tika itu, dadanya terasa amat sakit untuk meneruskan kata.

"I've left you to settle down this things. Masa gudang tu meletup, aku sempat keluar tapi aku tinggalkan jam untuk dijadikan bukti seolah-olah aku dah mati dalam letupan tu. Sebelum tu, aku sempat call polis sebab aku taknak Rossa sekadar dibunuh. Rossa deserve more than that! So I put her in jail so that she will be torture." ujarnya penuh kesumat. Aryan mendengus kasar. Cara hanya menahan sebak di dada kerana dia tahu bahawa mereka berdua terseksa bersama-sama selama ini.

"After Rossa have been caught by the police, dia amanahkan pula anak-anak buah dia untuk bunuh kau. When I found out about this, I killed all of them. Cruelly. I'm so sorry to say this Estella." tangannya digenggam kuat.

"Tapi benda ni lagi sakit bila aku dapat tahu kau keguguran. I really hate myself that time sebab aku tak dapat ada dengan kau. To make sure your safety, I stay away from you and keep watching you from afar." nafasnya dihela perlahan.

"All this time, I was with you Estella." pandangan Aryan mulai kabur kerana genangan air mata. Apabila Cara merasakan seperti air mata jatuh, dia terus mendongak untuk melihat Aryan.

"Aryan...Did you know all this time, I never believe that you're dead. Everyday in my dream I see you. You appeared in my dream like it was real." jelasnya sambil mengusap pipi Aryan yang dipenuhi air mata.

"Saya tak pernah salahkan awak atas apa yang terjadi ni. Tapi saya kecewa...Kenapa awak tinggalkan saya apabila saya perlukan awak sangat-sangat. Anak kita...Dah tak ada..." teresak-esak tangisan Cara ketika itu. Terus sahaja Aryan menarik Cara ke dalam dakapannya.

"I'm really sorry about that Estella. Aku taktahu yang kau tengah mengandungkan anak kita..." belakang Cara diusap lembut oleh Aryan.

"Tapi Aryan, Allah SWT ambil awak dan anak kita dari saya tapi dia pulangkan ayah dalam hidup saya. I wasn't expecting that Aryan. Why did you do this to me? I'm so thankful but I need you forever in my life..."

Aryan terus meleraikan pelukan. Kedua tangannya naik menyentuh pipi milik Cara.

"I'm here darling. I want to chase every stars in the night together with you. Forever." satu kucupan hinggap pada dahi Cara. Lama.

"Ti amo tanto, Aryan." wajah Aryan ditatap lama olehnya. Sungguh dia rindu akan raut wajah Aryan yang tiada cacat cela itu walaupun sedikit.

"Stay close to my heart forever. May I share every breath with you." ujar Aryan penuh ikhlas bersama dengan senyuman sehingga menampakkan dimplenya.

Dalam pada itu, bersama tatapan itu Aryan mengucup bibir munggil milik isterinya. Finally, the moon and stars collide.

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now