SEMINGGU TELAH BERLALU..
"Wah cepat betul awak sembuh. Lepasni dah boleh jalan-jalan dekat dalam rumah ni. Cara kan belum menjelajah rumah Sir Aryan." Lissa berkata dengan penuh keterujaan. Menjelajah eh? Faham.
Benar kata Lissa, Alhamdulillah kaki Cara semakin sembuh. Yang paling penting dia dah boleh berjalan walaupun masih macam orang tempang. Hm. Tapi tetaplah bersyukur sebab dia hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk sembuh.
"Yes Lissa!! Tak sabarnya nak jalan-jalan. Penat tau seminggu ni terperap je dalam bilik. Rasa nak menangis." Cara memuncungkan bibirnya.
"Elele Cara ni jangan nangis pulak. Nanti kalau Cara nak jalan-jalan dekat pantai Cara kena ajak Carl dengan Ray tau. Lissa tak boleh teman. Hm." Lissa mencebik.
"Ala kenapa pulak tak boleh. Malaslah dengan Ray tu. Dia tak habis-habis cari pasal dengan Cara. Nasib baiklah Carl memahami. Hehe." Ini kerana Ray dengan mulut lasernya tidak dapat dipisahkan.
SEBELUM ITU..
Cara sedang membaca novel yang diberi oleh Lissa. Ini adalah salah satu daripada permintaannya kerana tiada apa yang mampu dia lakukan di dalam bilik itu. Phone pun tak ada. Boleh gila dia nanti. Namun tiba-tiba seseorang telah masuk ke bilik untuk bertemu dengan Cara.
Siapa lagi kalau bukan Rayyan Mikael.
"Hello cik adik manis. Saya Rayyan. Boleh panggil Ray handsome gentleman hehe." Sempat lagi Ray memuji dirinya sendiri.
"Eww. Perasannya awak ni." ejek Cara.
"Aku tahu aku handsome. Tak baik tau menafikan fakta." Tangannya meraupkan rambut kebelakang.
"Ha iyalah abang Ray yang paling terhandsome." Cara menjelirkan lidahnya.
"Baiklah adik manisku yang tempang." ejek si Ray tanda tidak puas hati.
"EEEE APA MASALAH AWAK NI HAH!!" Cara terus mengangkat kakinya untuk sepak si Ray namun dia terlupa bahawa kakinya masih sakit.
Dan akhirnya Cara juga yang mendapat malang.
"ADUHHH ADU DU DU SAKIT!!!!" Cara mengadu.
"Eh Cara janganlah bergerak eee dah tahu kaki tu tempang nak jugak sepak Ray yang hensem ni." sempat lagi Ray mengejek.
"RAYYAN!!!!!!"
Dan setelah itu, Carl dan Lissa meluru masuk ke dalam bilik selepas terdengar suara Cara menjerit.
"Eh apa dah jadi ni??!" cemas Carl. Mungkin takut kene penggal kepala dengan Aryan.
"Ni ha Cara ni. Dah tahu sakit boleh pulak dia nak sepak aku." Ray menjelaskan.
"Ray aku tahu kau yang cari pasal. Kitaorang kat sini semua dah kenal kau Ray." ujar Carl dengan senyuman penuh makna.
Lissa terus memperbetulkan kaki Cara dan mengurut kakinya untuk mengurangkan rasa sakit dan sekali lagi..
YOU ARE READING
Mrs. Aryan Herriez
Romantizm⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...