Part 54

1.4K 69 10
                                        

TUBUH Cara ditolak kasar oleh Aryan sehingga dia hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Ray

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TUBUH Cara ditolak kasar oleh Aryan sehingga dia hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Ray. Anak matanya melihat Aryan yang dilanggar oleh kereta itu.

"ARYAN!" jerit Cara. Matanya tidak lepas memandang kereta tersebut. Betapa terkejutnya dia.

Carl dan Ray terus berlari menuju ke arah Aryan tanpa menghiraukan Cara yang masih lagi terkejut. Tiba-tiba sebuah kereta datang menghampirinya.

Pintu kereta itu dibuka sebelum seseorang di dalam kereta itu menarik Cara untuk masuk ke dalam keretanya. Cara meronta kuat namun dia tidak dapat melepaskan diri tatkala dua lelaki itu mengunci kedua kaki dan tangannya. 

Kereta yang melanggar Aryan terus sahaja beredar apabila Carl dan Ray ingin menghampirinya. Aryan berusaha untuk bangun apabila melihat Cara yang tiba-tiba menghilangkan diri.

"Estella mana? Where is she?!" herdiknya tatkala cecair merah keluar dari mulutnya.

Serentak dengan itu Carl dan Ray memandang ke belakang. Mereka turut terkejut apabila melihat Cara yang tiada disitu.

"FIND HER NOW!"

Ray terus menuju ke kereta sebelum meloloskan diri ke dalam kereta. Aryan dan Carl turut serta masuk ke dalam kereta.

Mata mereka melilau mencari kereta tersebut. Sudahlah pada ketika itu hari sudah malam.

Sejurus itu, telefon bimbit Aryan dikeluarkan.

"Mia moglie è in pericolo. Scopri chi ha fatto questo! (my wife is in danger. Find out who did this!)" tegas Aryan memberi arahan. Dia terus menamatkan panggilan dari markasnya itu.

"Faster Ray faster!!" tekik Aryan sambil meraupkan kasar mukanya. Darah di bibir pun masih belum dilap.

"Buon!" jawab Ray ringkas. Lantas dengan itu pedal minyak ditekan kuat.

"I need you to track her. Let me drive." nada Aryan mendatar tatkala anak matanya memandang raut wajah Ray.

Ray hanya mengangguk sebelum memberhentikan kereta di bahu jalan.

-

KEPALANYA terasa berpinar-pinar. Terasa seakan cecair darah keluar dari kepalanya. Akibat kedegilan dia, kepalanya dipukul kuat dengan sebatang kayu. Tidak menahu la dari mana lelaki itu mendapat kayu tersebut.

Tangan dan kakinya tidak dapat digerakkan ketika itu. Aneh. Kelopak matanya dipaksa untuk buka sehinggalah kornea matanya dihiasi gudang yang seperti sudah lama ditinggalkan.

Dia kat mana ni? Apa yang terjadi?

Kaki dan tangannya turut diikat kuat dengan rantai besi. Habis sakit uratnya setelah beberapa jam tidak menyedarkan diri.

"Well well well. Tengoklah siapa dekat sini." satu suara menghentam sistem pendengaran Cara. Penuh sinis nadanya tika itu.

Clap! Clap! Clap!

Mrs. Aryan HerriezTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang