⁺*・☾ His Series 𖥔 ࣪ ᥫ᭡
ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA
Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di University of Manchester. Tragedi tembak-menembak yang berlaku di hadapan mata menjadi bukti pertemuannya dengan Aryan bersaksikan tatapan iris...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SETAHUN BERLALU..
SETAHUN telah berlalu sejak Cara meninggalkan Aryan. Tidak pernah walau sekali pun dia tidak memikirkan tentang suaminya itu. Kadang-kadang terasa berdosa juga kerana Aryan masih lagi bergelar suaminya namun dia tekad.
Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh arwah ayahnya. Ayahnya pernah berhasrat untuk menghadiri hari graduationnya namun kita hanya mampu merancang.
Sepanjang setahun ini, banyak yang sudah dirancang apabila dia sudah menamatkan pelajarannya. Cara dan Bella bakal berubah haluan. Menurut Bella, dia akan pulang ke Malaysia untuk mengambil alih syarikat keluarganya.
"Hai assalammualaikum semua. Rindunya Cara dengan maklong, makcik dan maktam." Cara membuat panggilan video call dengan semua mak saudara rapatnya apabila baru sahaja turun dari pentas.
"Waalaikummusalam anak kesayangan kami semua. Congratulations sayang!!" serentak mak saudaranya membalas dengan penuh gembira. Sudah la lama Cara tidak membuat panggilan.
"Aaa thankyou mommiessss!!" senyuman ikhlas dipamerkan. Sungguh dia rindukan semua mak saudaranya itu.
"Cara pergi mana selamani? Makcik call pun tak dapat?" terus sahaja makcik menyoal Cara.
"Hehe sorry la makcik. Phone Cara rosak lepastu Cara tak jumpa buku yang ada nombor telefon semua. Ni pun baru je jumpa semalam masa Cara kemas barang dalam asrama." jujur Cara.
"Ish cuai betul la kamu ni." terus sahaja maklong memerlinya. Cara hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Hari ni Cara dah graduate. Bila Cara nak balik Malaysia?" soal maktam. Tidak sabar dah dia ingin menyambut kepulangan anak saudaranya.
"Hmm Cara rasa Cara tak balik Malaysia dah." jawabnya penuh rasa hiba. Dia tidak mampu untuk pulang ke Malaysia tatkala banyak kenangan pahitnya di sana. Dia juga tidak mahu menyusahkan mak saudaranya.
"Eh kenapa ni? Maktam kan ada. Cara boleh tinggal dengan maktam." senyuman diukir pada bibir. Cara paling rapat dengan mak saudaranya yang itu.
"Cara taknak susahkan semua. Lagipun Cara nak tunaikan impian Cara." ujarnya penuh gembira.
"Takpa la macam tu. Kami tetap support Cara dari jauh tau." mereka bertiga menjawab.
"Cara nak pergi mana lepasni?" soal makciknya ingin tahu.
"Cara akan mulakan hidup baru di NewYork." nadanya sedikit meleret. Agak sedih untuk jauh dari Aryan walaupun mereka tidaklah dekat mana.
"Nanti Cara selalu-selalu lah buat videocall tau!" ujar maklongnya.
"Okay semua. Cara pergi dulu tau. Majlis belum habis lagi ni assalammualaikum semua." Cara menutup panggilan dengan senyuman selepas mereka semua menjawab salam Cara.