PROLOGUE

551 27 0
                                    

     "Sini kau! Macam mana air tu boleh tumpah ? Kerja kau kan ? Baik kau lap lantai ni balik. Cepat!" Rambut coklat gelap milik gadis itu dilepas kasar. Serta merta gadis itu tersungkur di atas lantai yang basah.

"Jangan makan selagi lantai tu tak kering!" Bengis wajah Saripah itu memandang ke arah anaknya. Menyusahkan!

Gadis itu menangis. Wajahnya comot dengan air mata. Hujung bibirnya pecah akibat ditampar.

Perlahan-lahan dia bangkit ingin mencapai mop lantai yang elok tersidai di luar rumah.

"Jangan guna mop. Guna tangan! Tangan yang buat, tangan yang tanggung!" Kata Saripah tegas. Matanya tajam mencerlung ke arah anaknya.

"Cepat!" Baldi yang berisikan air kotor itu ditendang sebelum beredar keluar dari ruangan dapur. Habis basah lantai dapur itu dengan air kotor akibat jatuh ditendang.

Gadis itu menghela nafas. Air matanya dikesat kasar. Apa dosanya sehingga dilayan sebegitu rupa ? Adakah dia membunuh ? Adakah dia bersikap kurang ajar terhadap mereka ? Adakah dia anak luar nikah ? Semestinya tidak. Namanya ber'binti'kan Abdul Naseer dan itu nama ayahnya. Masih tidak kukuh ? Boleh sahaja dia tunjukkan surat beranak.

"Aerin. Aku nak keluar sekejap. Kalau ayah kau balik, cakap aku pergi kedai." Pesan Saripah sebelum keluar dari rumah. Aerin mengangguk.

Setelah setengah jam, Encik Naseer tiba dirumah. Pakaiannya yang kusut itu dipandang sekilas sebelum menyambung menyapu sampah.

"Apehal kau tengok-tengok baju aku ? Asal ? Nak lekehkan aku ? Heh, bersyukur sikit aku ni kerja nelayan pun boleh lagi nak tanggung kau sekolah. Sekolah pun bodoh je aku tengok."

Aerin yang mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Encik Naseer menangis. Air matanya jatuh lagi sekali. Sungguh dia terasa hina.

"Ayah, Aerin mintak maaf. Tapi Aerin t-"

"Halah-halah, kau tu tak payah nak bermaaf-maaf bagai. Tak de guna aku nak maafkan kau. Sebab kau dari kecik memang pembawa bala!" Encik Naseer memotong.

Aerin tersentak. Wajahnya berubah apabila perkataan menyakitkan itu keluar dari mulut bapa kandungnya. Pembawa bala ? Adakah dia pembawa bala ? Aerin menggeleng perlahan. Dia berlari maduk ke dalam bilik. Mulutnya ditekup rapat supaya tangisnya tidak kedengaran siapa-siapa.

Ya ALLAH, ampunilah aku. Ampunilah segala dosa-dosa ku ya ALLAH. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, Ya ALLAH. Aku memohon kepadamu!

Aerin tersandar ke dinding. Air matanya lebat membasahi pipinya.

Setelah lama dia berkurung di dalam bilik, kedengaran kekecohan di luar rumah. Almaklumlah, dihadapan rumahnya adalah jalan raya. Kening Aerin berkerut. Dah kenapa bising-bising ni?

"Aerin!!!" Apabila namanya dilaung. Aerin segera keluar dari bilik. Kelihatan ramai orang yang berada di seoan pintu rumahnya. Apabila dia mendekat, mulutnya ditekup.

Jatuh terduduk Aerin apabila sekujur tubuh wanita yang sangat dikenalinya terbari kaku di atas tanah. Ramai orang yang berpusu-pusu ke arah mereka.

"I-ib-ibu?" Dadanya terasa sakit. Air mata kembali menitis. "Ke-kenapa dengan ibu, yah?" Tanya Aerin. Dadanya yang terasa lerit itu ditekan.

Wajah Encik Naseer yang sudah memerah itu ditatap. Pipi lelaki tua itu basah dengan air mata.

"M-macam mana b-boleh jadi macam ni MakJah? K-kenapa ibu jadi macam ni ?" Tangan wanita yang digelar MakJah itu ditarik.

"

Ibu kamu kena langgar, nak." Jawab MakJah.

Bagaikan batu besar menghempap dirinya. Aerin terasa dadanya sempit. Wajahnya memerah kerana menahan kesakitan di dadanya. Air mata laju merembes kedua belah pipinya.

"Ni semua salah kau! Kau punca isteri aku kemalangan. Kau punca! Kau pembawa malang!" Encik Naseer sudah seperti terkena histeria. Matanya tajam menikan anak mata Aerin.

Aerin yang mendengar tersentak. Nafasnya tidak teratur. Dadanya kembali berombak kencang. MakJah yang berada disisi Aerin menoleh. Berkerut seribu dahi Aerin.

"Aerin? Nak, kenapa ni, nak?" Aerin menggeleng. Tubuh Saripah ingin dipeluknya namun lengan Aerin ditepis kasar.

"Berambus kau! Jangan sentuh isteri aku! Pergi!" Aerin tersentak lagi. Perlahan-lahan dia bangun. Tubuh ibunya dipandang dari jauh.

Dadanya berombak kencang lagi. Tercungap-cungap Aerin memgambil nafas. Namun dia berasa seperti berada di luar angkasa. Seperti tiada oksigen di sekelilingnya.

MakJah datang menghampiri Aerin.

"Nak, kenapa ni? Eh, Aerin. Sayang.. bangun, nak!" Pipi Aerin ditepuk-tepuk apabila tiada respon dari Aerin.

Pandangan Aerin kabur dan semakin lama semakin gelap. Tubuhnya jatuh menghempap tanah namun cepat-cepat disambit oleh MakJah.

"Naseer!"

Mrs. Darren Iztisyad [O.G]Where stories live. Discover now