⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰
✦ ─────────── ✦
༂
AIR panas dituang perlahan-lahan ke dalam gelas kaca berisikan serbuk milo sebelum dikacau dengan sudu teh. Satu sudu milo panas ditiup sebelum dirasa. Manis dan pekat!
Terasa seperti bahunya disentuh dari belakang. Aerin berpaling. Kelihatan Darren sedang menyilangkan tangan didada. Aerin menjongketkan keningnya. Dah kenapa mamat ni?
"Kau setuju ke?"
Makin naik kening Aerin apabila soalan itu ditujukan. Apa yang setuju?
"Tch , kau ni lembab lah. Pasal kahwin tu lah!" Nadanya bertukar. Sangat rimas bercakap dengan orang yang 'blur'.
"Ouh, saya terima. Kenapa ? Awak tak terima?" Dari segi riak dan perilaku Darren terhadapnya, jelas bahawa lelaki itu memang tak suka akan kehadirannya. Lagi-lagi bila dipaksa berkahwin. Dengar cerita, si Darren ni ada awek!
"Memang."
Aerin sekadar mengangguk. Tidak mahu lebih-lebih.
Darren terus beredar keluar dari dapur. Aerin berdecit. Sikap Darren sangatlah menyebalkan.
Milo panas dibawa keruang tamu. Beberapa bodyguard yang berada disitu hanya memerhati pergerakan Aerin. Tidak lupa mereka menundukkan sikit tanda hormat. Aerin kagum. Walaupun dia hanyalah anak angkat Puan Sri Diana, tetapi layanan pekerja-pekerjanya sangat membanggakan!
"Hazim , awak nak ke?" Dengan polos Aerin bertanya kepad salah satu bodyguard di ruang tamu itu. Hazim menggeleng kecil dan tersenyum manis.
Harith yang berada di sebelah menyiku rakannya. "Tunglaa..."
"Apa kau?!"
"Ye lah , Cik Aerin tegur." Harith mencebik. Gadis itu sangatlah cantik paras rupanya. Sopan dan beradab. Sangat lengkap! Cemburu pula bila rakannya ditegur Aerin. Nak jugakk!!
"Kau ni--"
"Harith nanti saya nak mintak tolong awak boleh? Nanti bawakkan saya pergi kedai , saya nak beli barang sikit." Kata Aerin sambil senyuman manis bak madu dihadiahkan buat Harith.
Dup, dap , dup , dap
"B-baik Cik Aerin!" Laju sahaja Harith menjawab. Gelabah mungkin?
YOU ARE READING
Mrs. Darren Iztisyad [O.G]
Romance"I'm sorry , but I love her!" "How about me ?" "Still my wife , but...."