⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰
✦ ─────────── ✦
༂
"SAYANG...." Pergelangan tangan Marissa digenggam kemas. Namun di tepis kasar. Cepat-cepat kaki melangkah keluar dari bangunan itu. Air mata keluar merembes pipi putihnya dikesat sebelum pintu kereta dibuka.
"Sayang , jangan lah macam ni. I boleh explain!" Sekali lagi tangan gadis itu digenggam. Marissa berhenti melangkah. Badan dipusing menghadap Darren. Wajahnya merah akibat menangis.
"You nak explain apa lagi , Darren ? You dah kecewakan I! Sampai hati you!" Tangan Darren ditepis lagi.
"No! You kena dengar penjelasan I dulu, Marissa Aulieyana!"
"Penjelasan apa lagi, Darren? You sendiri cakap yang you akan kahwin dengan dia!" Bentak Marissa. Sakit hatinya apabila mengetahui lelaki itu akan berkahwin dengan perempuan lain.
Darren menghela nafas berat.
"Sayang... I tak akan cintakan dia. Percayakan I please.." Kini wajah mulus itu dibelai.
Marissa mengeluarkan air mata. "Tapi kalau dah namanya kahwin , mesti you duduk sebumbung dengan dia dan mustahil kalau you tak cintakan dia one day!" Darren menggrleng menafikan kata-kata Marissa. Air mata gadis itu dikesat lembut sebelum satu kucupan dilabuhkan di dahi licin Marissa.
"Walauoun I kahwin dengan dia. I'll makesure yang hari-hari I akan spendtime dengan you, sayang. Jangan risau. Ingat! I hanya cintakan you dan you cinta pertama dan terakhir I." Ucap Darren penuh syahdu. Mata Marissa yang membengkak akibat menangis dikucup.
"Janji dengan I." Jari kelingking dikeluarkan tanda ingin berjanji.
Darren tergelak kecil dengan sikap Marissa. Comel!
"I janji!" Jari itu disambut mesra dengan jari kelingkingnya.
༂
Beg plastik berisikan pelbagai jenis makanan ringan diletakkam di atas meja kopi. Tubuh berpaling ke arah Hazim sebelum tersenyum ke arahnya. Air kotak milo dan keropok Roller Coaster dihulur ke arah lelaki itu.
"Ni awak punya."
"Eh, tak pe lah Cik Aerin. Saya boleh beli sendiri kalau saya nak." Aerin menggeleng. Tangan Hazim dicapai sebelum meletakkan sekotak air milo dan keropok Roller Coaster diatasnya.
YOU ARE READING
Mrs. Darren Iztisyad [O.G]
Romance"I'm sorry , but I love her!" "How about me ?" "Still my wife , but...."