🦋10

147 14 1
                                    

⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰

✦ ─────────── ✦

AERIN hanya diam menyaksikan adegan dua beranak dihadapannya. Marissa yang mengerling ke arahnya dibalas dengan senyum. Namun senyumannya tidak dibalas dengan senyum , malah jelingan maut sahaja dihadiahkan.

Aerin diam. Apabila pertengkaran antara Puan Sri Diana semakin riuh dan tiada tanda-tanda untuk berhenti , Aerin mengambil keputusan untuk mencelah.

"Bawak dia keluar. Mama tak suka kamu sesuka hati bawa orang asing!" Jari telunjuknya tepat menunding ke arah Marissa. Gadis itu hanya diam menerima segala hinaan Puan Sri Diana.

"Mama! Dia girlfriend Darren. Respect her as my girlfriend!" Bentak Darren keras.

Puan Sri Diana melopong. Dia suruh aku hormat anak pembunuh ni ? Aku tak dalah dengar kan ?

"You are the one who should respect me as your mother , Darren! Kamu biadap! Kamu berubah , Darren! Apa yang perempuan ni dah bagi dekat kamu sampai kamu biadap macam ni?!" Tangan naik menolak kasar bahu Marissa membuatkan gadis itu sedikit terdorong kebelakang.

"Mama--" Aerin ingin menegur.

"Kamu diam , Aerin!" Aerin terus terdiam. Dia juga turut menunduk.

"Kamu bawa perempuan ni keluar sekarang. Now!" Jerkah Puan Sri Diana.

"Fine!" Pinggang Marissa dirangkul dan terus membawa gadis itu keluar dari rumah. Langkah Darren dan Marissa terbantut apabila terdengar puan Sri Diana kembali bersuara.

"Kau dengar sini perempuan..."

"Aku tak nak kau jejak kaki dekat rumah aku. Anak dari pembunuh macam kau tak layak pijak atas lantai rumah aku yang suci murni ni." Selepas sahaja Puan Sri Diana menuturkan ayat terkahirnya itu , air mata Marissa gugur.

Darren yang tidak betah terus membawa Marissa masuk ke dalam kereta. Ejin kereta dihidupkan sebelum meluncur melepasi pagar besar rumah agamnya.

Air mata Marissa diseka lembut. Apa yang dimaksudkan 'anak pembunuh' yang mamanya sebutkan tadi ?

"Lusa kamu kahwin dengan Darren. Mama nak  mempercepatkan perkahwinan kamu berudua." Tutur Puan Sri Diana tenang.

Aerin hanya diam. Seperti yang dia fikirkan, dia akan menurut segala kemahuan Puan Sri Diana bagi membalas budi wanita itu. Tetapi sempatkah mereka ? Dia belum nelakukan apa-apa persiapan.

"Mama dah siapkan semuanya. Darren tinggal lafazkan akad nikah dan kamu sah jadi isterinya." Aerin hanya mengangguk kecil. Kagum ? Memang dia kagum dengan Puan Sri Diana memang cekap dan pantas membuat kerja. Tengok lah , dalam masa yang singkat wanita itu dapat menyelesaikan perkara yang agak rumit ini.

"Mama , macam mana dengan perempuan tu ? Aerin tak nak jadi perampas. Aerin tak suka , nanti Darren benci Aerin macam mana ?" Tanya Aerin. Riaknya menunjukkan bahawa dia sangat risau dengan kehidupannya selepas ini. Puan Sri Diana mengerti. Tangan gadis itu dicapai lembut dan diusap perlahan.

Mrs. Darren Iztisyad [O.G]Where stories live. Discover now