⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰
✦ ─────────── ✦
༂
POKOK bunga mawar yang menghiasi persekitaran rumahnya ditatap dengan perasaan gembira. Getah paip panjang yang berada di hujung rumah ditarik perlahan. Pili air dibuka sebelum air keluar memancut ke arah bunga mawar itu.
Sedang leka menyiram pokok, namanya dilaung dari dalam rumah.
"Aerin!!!"
kelihatan wajah bengis Encik Naseer disebalik pintu rumah.
"Sini kau!" Laju langkah Encik Naseer mendekati Aerin. Rambut Aerin ditarik kasar.
"Kau tak reti nak basuh baju aku ke ? Baju aku tu aku tengok dah nak berkukat dah sebab kau tak basuh. Asal ? Malas ? Hah ? Malas ?!" Berkerut dahi Aerin menahan sakit apabila rambutnya ditarik.
"Maaf ayah, Aerin lupa." Matanya dipejam rapat cuba untuk menahan sakit di kulit kepanya.
"Lupa? Alasan!" Getah paip yang berada di genggaman Aerin dirampas. Pili air ditutup sebelum getah paip iti hinggap di tubuhnya.
"Ayah!"
Encik Naseer tidak menghiraukan jeritan anaknya dan terus memukul tubuh gadis itu dengan getah paip.
Aerin meraung kesakitan. Air mata sudah merembes basah di pipinya. Terasa tubuhnya disebat tali berapi.
"Ampun ayahh!" Raungan itu langsung tidak menghentikan perbuatan Encik Naseer. Malah lebih kuat lagi sebatannya sehingga gadis itu tersungkur jatuh.
Habis calar tubuh Aerin. Sudahlah gadis itu memakai jersey nipis. Ditambah pula dengan sebatan getah paip di belakang tubuhnya.
"Naseer!!"
MakJah yang baru sahaja balik daripada pasaraya itu terkejut melihat keadaan Aerin.
"Apa yang kau buat ni, Naseer ?" MakJah perlahan-lahan mengangkat tubuh Aerin supaya gadis itu bangun.
"Jangan masuk campur, Khadijah. Kau bukan siapa-siapa. Jadi, lebih baik kau berambus!" Encik Naseer sudah seperti harimau kelaparan. MakJah yang berada disitu menggeleng perlahan-lahan.
"Dia anak kau, Seer. Sampai bila kau nak seksa dia macam ni ? Kau tak de rasa kesian ke dekat anak kau?" Belakang tubuh Aerin ditatap sayu. Habis calar tubuh putih itu. Berdarah lagi.
YOU ARE READING
Mrs. Darren Iztisyad [O.G]
Romance"I'm sorry , but I love her!" "How about me ?" "Still my wife , but...."