🦋12

291 20 1
                                    

⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰

✦ ─────────── ✦

ALMARI baju dibuka. Baju tidur satin dicapai lalu disarungkan ketubuhnya. Aerin beralih menghadap katil yang diatasnya terdapat Darren sedang bermain telefonnya.

Aerin hanya berdiri tegak melihat Darren. Darren perasan akan hal itu namun saja dia buat tak endah. Malas hendak melayan perempuan antagonis dalam hubungan percintaannya.

Kerana tidak suka apabila diperhati Adrren bersuara. "Kau tidur la perempuan! Yang tercegat dekat situ dah kenapa ? Nak jadi patung ?"

Tengkingan lelaki itu cukup membuat Aerin tersentak. Aerin berjalan mendekati Darren. Bantal dan selimut disebelah lelaki itu dicapai. "Kau nak buat apa ?" Aerin yang ingin menghampar selimut di atas lantai terhenti apabila Darren mengajukan soalan.

"Sa-saya nak tidur lah." Jawab Aerin gagap. Darren merengus. "Kau bagi balik bantal aku! Aku tak izinkan kau tidur bawah. Naik cepat!" Dengan pantas bantal dan selimut kembali diletakkan di atas katil. Punggungnya melabuh di atas katil empuk Darren.

"Tidur."

Arahan dari Darren membuatkan Aerin pantas baring dan menutupkan mata. Selimut di tarik sehingga menutup bahagian kepalanya. Aerin berkhayal atau lebih tepat dia sedang memikirkan kehidupannya dengan lelaki disebelahnya ini.

Dalam diam Aerin mengeluh. Bagaimana jika Darren tidak menerimanya sebagai seorang isteri ? Bagaimana pula jika Darren masih lagi berhubungan dengan Marissa dan dia sebagai isteri pula diabaikan begitu sahaja ?

"Mama kata, isteri kalau tidur tak boleh membelakangkan suami." Suara garau Darren begitu jelas kedengaran.

Aerin beralihkan badannya menghafap syiling. "Sorry"

Satu patah perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Aerin.

Badan dipusing menghadap Darren yang masih leka dengan telefonnya. Aerin kembali menarik selimut hingga menutup kepalanya. Mata dipejam rapat memaksa diri untuk tidur. Tidak selesa dengan keadaan sekarang.

"Kau jangan menyusahkan aku sepanjang kau hidup dengan aku." Darren bersuara.

"Lepasni kehidupan kau tak sama macam sebelum ni. Kalau sebelum ni kau boleh bebas, tapi sekarang tak. Kau takkan bebas tanpa keizinan aku. Mulai dari esok, kau akan duduk dekat rumah aku. Esok petang kita gerak. Kemas segala jenis barang kau esok." Jelas Darren. Aerin hanya mengangguk walaupun lelaki itu tidak melihat ke arahnya.

"Faham?"

"Fa-faham." Dengan gementar , Aerin menjawab.

Barisan bodyguard perhati satu persatu. Wajah tegang Hazim ditilik lama. Wajah lelaki itu mirip dengan wajah ayahnya. Tatapan matanya juga tajam menikan seperti ayahnya.

"Hazim." Seru Aerin. Hazim mengangkat wajah.

"Apa nama penuh awak ?" Rasa ingin tahu menyelinap dalam diri. Bukan apa, cuma mereka sangat mirip. Kembar ? Takkan kembar sorang muda, sorang tua.

Mrs. Darren Iztisyad [O.G]Where stories live. Discover now