⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✦ ─────────── ✦
༂
AIR mata yang deras mengalir dipipi gadis itu dikesat dengan ibu jari. Tangan lincah menyelongkar beg tangannya untuk mencari tisu. Sehelai tisu dikeluarkan dan dihilurkan kepada gadis itu.
"Shhh, Aunty mintak maaf kalau aunty desak Aerin tadi. Aunty mintak maaf sangat-sangat." Belakang gadis itu ditepuk-tepuk lembut. Sungguh dia rasa bersalah pula. Jika dia tidak mendesak Aerin untuk menceritakan segala-galanya, pasti gadis itu tidak menangis.
Aerin cuba menahan dari terus menangis. Dada yang berombak kencang dicengkam cuba untuk meredakan rasa sesak. Air mata jatuh megakir menahan rasa. Bukan rasa sedih akan nasibnya, tetapi rasa sakit yang mencucuk-cucuk didada.
Aerin tercungap-cungap mencuri udara untuk bernafas. Puan Sri Diana sudah panik melohat keadaan Aerin. Sudah 3 jam mereka berada di stesen bas selepas mereka sampai ke Johor Baharu.
"Aerin, kenapa ni?"
Wajahnya berkerut. Cemas dengan keadaan Aerin. Telefon bimbit diamvik dari dalam beg dan terus mendail nombor telefon seseorang.
"Hello! Leo, kamu datang sini cepat! Saya bagi masa 5minit sahaja!"
Leo yang sedang enak makan di dalam foodcourt bersama Mark terdiam. Puan Sri dalam keadaan bahaya kah ?
Cepat-cepat dia bangun dan sehelai not 50 ditinggalkan diatas meja. Mark yang sedang menikmati bihun sup terpinga-pinga melihat Leo yang sudah jauh dari pandangannya. Tanla membuang masa dia bangun dan terus mengejar langkah Leo.
"Kau asal ?" Tanya Mark.
Leo menggeleng. "Tadi Puan Sri call. Dia suruh aku cepat-cepat lergi dekat dia. Aku risau. Kalau jadi apa-apa dekat Puan Sri, habis boss kerjakan kita!" Kaki laju melangkah mengalahkan pelesit.
Mark sudang tercungap-cungap. Waduh maraton aku kali ni!
Setibanya dia dihadapan Puan Sri Diana, kepala ditundukkan sedikit. Mark sudah terduduk. Sumpah aku dah tak larat! Padahal si Leo ni jalan je, tapi dia yang melebih.
"Cepat bawa dia ke hospital!"
"Baik Puan Sri!"
Tubuh Aerin dipimpin menuju ke kereta Leo. Kelihatan gadis itu sesak nafas dan peluh pula sudah merembes membasahi dahi licinnya.