🦋6

191 16 2
                                    

⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰

✦ ─────────── ✦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✦ ─────────── ✦

SARAPAN pagi dinikmati dengan penuh selera. Susu segar bersama pancakes coklat dan madu disuapkan ke dalam mulut perlahan. Terpejam Aerin apabila menikmati makanan yang dimasaknya.

Ini kali pertama dia memasak di 'istana' Puan Sri Diana. Sebelum ini , wanita itu melarangnya memasak. Masuk dapur juga dia tidak dibenarkan. Kata Puan Sri Diana , dia takut jika terjadi perkara yang tidak diinginkan, seperti tangan melecur atau sebarang luka. Jadi , jika dia ingin seduatu seperti makanan, akan ada pembantu yang menghantarkan makanan.Namun , hari ini dia dapat kebenaran dari mama angkatnya itu. Setiap hari dilayan seperti permaisuri walaupun dia bukanlah anak kandung wanita itu. Terharu dibuatnya.

Hebatnya aku...

Pancakes coklat disuap lagi ke dalam mulut. Coklat hangat yang mencair di dalam mulutnya itu menambahkan lagi nafsu makannya.

"Amboii , sampai terpejam mata tu.."

Aerin mencelikkan mata apabila merasakan bahunya ditepuk dari belakang. Tersenyum gadis itu melihat Puan Sri Diana yang cantik memakai pakaian casual. Walaupun sudah tua, tetapi wanita itu tetap cantik dan pandai berfesyen.

"Mama nak sikit ?" Puan Sri Diana menolak lembut. Pancakes yang berada di dalam pinggan di pandang.

"Tak pe, Aerin... Bila kamu nak beri jawapan pada mama ? Dah tiga hari mama tunggu." Lembut sahaja nada Puan Sri Diana. Mungkin takut jika anak angkatnya itu tersinggung.

Aerin senyum. Puan Sri Diana perasan akan hal itu. Gadis bernama Aerin Mikayla ini kerap senyum. Suka sangat senyum dan senyuman yang diberikan amatlah cantik dan sangat menggoda bagi sesiapa yang melihatnya.

"Aerin ragu mama. Aerin takut."

Pergelangam tangan Aerin dipegang sebelum mata Aerin ditatap.

"Aerin , mama tahu kamu boleh. Sebab tu mama minta Aerin kahwin dengan anak mama." Perlahan Puan Sri Diana memujuk.

Aerin berfikir seketika. Kau nak balas jasa kan Aerin ? Terima je lah !

Hati Aerin meronta-ronta. Seketika dia mengangguk tanda bersetuju dengan Puan Sri Diana.

Tersenyum lebar wanita itu. Tubuh Aerin dipelum. Air mata keluar merembes kedua belah pipi putih yang sedikit berkerut itu. Aerin hanya tersenyum. Apa salahnya jika kita bahagiakan orang yang bahagiakan kita kan ?

Mrs. Darren Iztisyad [O.G]Where stories live. Discover now