⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰
✦ ─────────── ✦
༂
"AKU nikahkan dikau dengan Aerin Mikayla binti Naseer dengan maskahwinnya RM 3400 Ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya , Aerin Mikayla binti Naseer dengan mas kahwinnya RM 3400 ringgit , tunai." Dengan sekali lafaz, Aerin sah menjadi isteri kepada Darren Iztisyad. Tak sangka dengan umur yang sangat muda dia telah menyandang gelaran isteri. Itu sangatlah berat. Tetapi demi Puan Sri Diana, dia saggup lakukan apa sahaja untuk membalas budi wanita itu.
Setelah mengaminkan doa, Darren memusingkan badan menghadap Aerin yang sefang menunduk. Pandangannya sangat tajam menikam susuk tubuh Aerin. Tempat yang kini Aerin bersimpuh sepatutnya trmpat Marissa Aulieyana. Bukan Aerin Mikayla.
Kotak baldu yang disua Puan Sri Diana dicapai sebelum dibuka. Badan digerakkan sedikit supaya jarak antara dia dan isterinya dekat. Tapak tangan Aerin digenggam erat. Lembut.
Matanya tertumpu ke arah Aerin yang asyik merenung manik-manik putih yang terhias cantik di baju kurungnya.
"Sini."
"Aerin jangan pandang bawah, sayang. Darren nak sarungkan cincin tu." Tegur Puan Sri Diana. Aerin menurut. Kepalanya didongakkan sedikit memandang wajah Darren. Tetapi matanya tidak berani melihat mata helang lelaki itu. Cukup memandang bibir hingga hidung sahaja.
Cincin bertakhta berlian disarung kemas ke jari manis Aerin. Automatik tangan Darren dikucup. Darren terdiam kaku. Hatinya bagaikan mencair.
"IZ , kau tunggu apa lagi ? Cium la dahi bini kau!" Bahu Darren ditampar keras oleh Adrian. Serta merta Darren tersedar dari lamunan. Darren mendengus. Puan Sri Diana yang nelihat hanya mampu menggelengkan kepala. Entah mengapa terbit rasa menyesal menyatukan mereka berdua.
Darren memagut dagu Aerin. Dahi licin gadis itu dikucup lama. Aerin menutup mata menikmati kecupan hangat yang hinggap di dahinya. Flash kamera mula memain peranan untuk menangkap gambar adegan mesra itu.
Nazeel memandang Aerin dan Darren dengan perasaan cemburu. Aku single , takde orang nak dekat aku ke ?
"Kau termenung apa , Boy ?" Nazeel tersentak. Wajah Rayyan menghiasi sistem penglihatannya.
Nazeel menggeleng perlahan.
"Elehh , sendu la tu. Maya kan ada!" Sakat Adrian yang rntah dari mana dia muncul.
YOU ARE READING
Mrs. Darren Iztisyad [O.G]
Romance"I'm sorry , but I love her!" "How about me ?" "Still my wife , but...."