🦋4

212 20 0
                                    

⊱ "Be my angle. My guardian angle, today, tomorrow and forever." ⊰

✦ ─────────── ✦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✦ ───────────

AERIN merenung persekitaran rumah agam milik Puan Sri Diana. Punggung dilabuhkan di atas sofa yang disediakan di balkoni tersebut. Pintu yang memisahkan biliknya dan balkoni ditutup rapat.

Sudah 2 minggu dia tinggal di rumah Puan Sri Diana atau lebih tepat mama angkatnya saat ini. Aerin bingung. Mengapa wanita itu terus mengambilnya sebagai anak angkat ? Padahal mereka hanya kenal dalam beberapa jam sahaja. Wanita itu sudah memberi kepercayaan dan mengangkatnya sebagai anak.

Satu lagi , mengapa wanita itu menaiki bas sedangkan dia kaya. Ya lah , orang kaya macam Puan Sri Diana mana ada yang pergi mana-mana naik bas kan ? Kalau ada tu ada lah tapi jarang. Right ?

Fikiran mula melayang memikirkan keadaan ayahnya. Sihatkan dia ?

Sedang enak mengelamun , Aerin tersentak apabila namanya di sapa.

"Aerin..."

Aerin berpaling. Kelihatan wajah Puan Sri Diana yang berdiri disebalik  pintu yang memisahkan biliknya dan ruangan balkoni.

Gadis itu menghadiahkan senyuman manis.

"Ya mama , ada apa ?"

"Takde lah , ni mama ada bawak cake. Tadi Darren beli." Ujar Puan Sri Diana. Pinggan kaca yang berisikan dua potong kek cheese diletakkan di atas meja. Punggung dilabuhkan di atas sofa dihadapan Aerin.

"Wahh kek cheese! Aerin suka!"

Puan Sri Diana tersenyum. Wajah Aerin yang sangat gembira membuat hatinya berbunga-bunga. Sungguh cantik gadis itu!

Dengan teruja. Aerin mencapai sudu yang sudah disediakan. Kek cheese itu perlahan-lahan disuakan kedalam mulut. Terpejam-pejam mata Aerin menikmati kek cheese yang mencair dalam mulutnya.

"Sedapnya...."

Puan Sri Diana tergelak kecil melihat telatah anak angkatnya. Bibir Aerin yang comot akibat terkena cheese dikesat sehingga bersih. Aerin tersenyum. Kelakuan Puan Sri Diana amat menyentuh hati kecilnya.

Kalau lah ibu layan Aerin macam ni.

"Aerin , nanti malam Aerin pakai cantik-cantik tau. Lepastu turun. Malam ni mama nak buat party sempena Darren balik. Baju mama dah letak atas katil. Tinggal pilih je." Kata Puan Sri Diana sebelum berdiri.

Mrs. Darren Iztisyad [O.G]Where stories live. Discover now