16 | Waktu

30 34 0
                                        

Mataku bagaikan jatuh cinta dengan jam di dinding. Sesekali, aku melihat jarum jam untuk mengetahui waktu. Aku tidak tahu mengapa aku melakukannya. Aku bahkan berasa seperti terkejar-kejar oleh waktu. Aku tidak tahu apa yang sedang aku sibukkan. Kerana, aku hanya banyak rebahan. Aku termenung sendirian.

Dari luar jendelaku yang tertutup rapat itu, masih aku dapat mendengar betapa riuh dan bisingnya kehidupan manusia lain yang sedang berjalan. Aku sendiri sahaja yang masih tersangkut. Aku tidak tahu apakah yang sedang aku fikirkan.

Sampai sekarang pun, aku sembunyikan masalah yang harus dijumpai pakar ini daripada diketahui oleh ibubapaku.

Sekarang, aku hanya mahu melakukan pembohongan. Aku mahu terlihat bail-baik saja. Jika manusia sering sahaja memanipulasi had mereka dengan "Jangan kata susah nanti, memang susah" maka, aku juga boleh saja memanipulasi masalahku, "aku baik-baik saja. Semuanya, sudah pulih"

"Hmm"

Sekali lagi, aku melihat ke arah jam. Masa berlalu dengan begitu cepat. Meski, aku tidak banyak berganjak tapi tetap waktu terus berjalan.

◪◩◪◩◪◩⚉○㋡•⚇◩◪◩◪◩◪

Waktu sememangnya tidak akan pernah berhenti. Waktu tahu aku sedang lagi tersangkut tapi ia tidak berhenti berdetik.

11072019 | BATU CAVES, SELANGOR

BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting )Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang