Nota Penulis

18 11 1
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar, semuanya? Terima kasih banyak kerana sudi membaca buku ini sehingga tamat. Untuk peringatan semua, buku ini tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah mati dan semuanya hanyalah rekaan semata-mata.

Alhamdulillah, selesai juga karya saya yang bertajuk BUMI TERUS BERPUTAR. Untuk makluman semua, buku BUMI TERUS BERPUTAR ini merupakan sebuah kisah pendek yang lebih berbentuk diari, sajak malahan cerpen yang saya hasilkan khususnya untuk golongan muda iaitu para remaja.

Genre novel ini sendiri ialah Poetry & Short Story. Buku ini sebenarnya lebih mengisahkan tentang seorang remaja yang dahulunya seorang introvert (pendiam, penyendiri dan tidak suka bergaul) yang akhirnya menjadikannya seorang manusia yang mempunyai kesukaran untuk bersosial sehingga dia menghidap social anxiety malah anxiety disoder. Jadi, melalui buku ini, saya berusaha untuk menulis kisah yang saya tidak tentukan namanya kerana lebih membahasakan watak saya ini sebagai aku. Saya juga menulis buku ini untuk menggambarkan bagaimana seseorang yang menghidapi penyakit ini, memandang manusia, cara dia berfikir tentang dunia dan perasaan takut yang dia rasakan tentang dirinya dan kehidupannya yang akan datang. 

Untuk makluman semua, buku ini merupakan sebuah diari yang ditulis oleh watak aku tersebut dan watak aku dalam BUMI TERUS BERPUTAR ini sedang mencari jalan penyembuhannya dengan cara sendiri dan sebenarnya masih sedang mengumpulkan keberanian untuk berunding dengan pakar. Meskipun, aku sendiri keliru sehinggakan tidak mampu memahami apa yang sebenarnya mengganggunya, aku tetap berusaha menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

Penyakit mental dan emosi ini sebenarnya wujud. Jadi, saya berharap kita dapat berhenti mendekriminasikan dan menyebarkan pemikiran cetek kita tentang pesakit-pesakit ini yang sedang berjuang untuk bertahan hidup.

Kes-kes bunuh diri juga begitu banyak sekali berlaku dan sudah tentulah mereka tidak berfikir panjang kerana pada waktu itu, mereka tidak mampu berfikir dengan baik kerana itulah mereka harus menjalani rawatan dan diberikan motivasi. Saya berharap, kita semua akan lebih peka untuk mencegah penyakit mental dan emosi di negara kita ini agar kita dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja sihat dari segi fizikal tapi juga sihat dari segi mental dan emosi. Masalah kita ialah apabila kita tidak berusaha untuk mengetahui dan benar-benar memahami cara yang betul apabila berdepan atau mengenali seseorang yang mengalami penyakit emosi. Selalunya, mereka yang mengalami penyakit emosi ini tidak mahu diberi 'nasihat'. Mereka juga mahu diberikan ruang, didengari dan difahami.  Dan, melalui karya BUMI TERUS BERPUTAR ini, saya sampaikan mesej harapan kepada kalian yang menghidap anxiety yang membuatkan aku risau berlebihan terhadap sesuatu yang belum berlaku terutamanya, masa depannya dan social anxiety yang membuatkan aku lebih suka bersendirian, tidak perlu berinteraksi meskipun, jauh dari sudut hatinya, aku sangat ingin menghabiskan masa bersama-sama dengan orang yang tersayang. Penyakit yang dialami aku ini telah membuatkan aku bergelut untuk hidup dengan normal seperti manusia lain. 

Meskipun, begitu banyak perkongsian di internet mahupun media sosial mengenai fakta kesihatan mental serta pengalaman mereka yang melaluinya. Perkongsian tersebut bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu pengetahuan semata mata sebaliknya bertujuan untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai . Namun sebanyak mana pun informasi atau perkongsian yang dibuat, boleh dikatakan masih ramai mempunyai tahap kesedaran yang rendah mengenai penyakit mental sekali gus mengundang tanggapan salah terhadap mereka yang didiagnos menghidap penyakit berkenaan.

Kepada kalian yang mengalami penyakit emosi, saya sarankan kepada kalian untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tidak mengapa jika kalian mempunyai sejarah hidup bertemu dengan kaunselor, doktor psikiatri mahupun mengamalkan ubat-ubatan. Ia bukanlah masalah besar dan tidak menunjukkan kalian sebagai manusia yang lemah dan kekurangan iman. Bagi saya, kalian juga merupakan pejuang, pejuang yang bertahan untuk hidup. Sesungguhnya percayalah bahawa, setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Saya juga ingin berkongsi salah satu zikir yang telah saya kongsikan di bahagian pautan YOUTUBE. Zikir ini, kelihatan ringkas dan pendek, namun, ia mempunyai makna yang amat luar biasa dan mempunyai kelebihan yang amat baik untuk semua manusia di dunia ini.

Sesungguhnya, zikir ini amat sesuai untuk mereka yang susah hati, resah-gelisah, berasa seperti tidak menemui jalan keluar dan berasa susah menghadapi liku-liku kehidupan. Maka, cubalah zikir yang satu ini.  Insya'Allah, Allah akan hilangkan segala kerisauan dan kesusahan.

Sebagai penutup, saya sertakan lagu TENANG yang dinyanyikan oleh YURA YUNITA yang juga amat sesuai sekali untuk didengarkan oleh mereka yang turut merasai perasaan yang sama seperti watak aku. Bagi yang beragama Islam, digalakkan untuk lebih mendengar zikir berbading mendengar lagu ya!


Semoga di dalam dunia yang penuh huru-hara ini, hati kita tetap tabah sehingga ketenangan menjadi ganjaran dan perisai kita. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Berdoalah, bersabarlah, bertahanlah dan bersemangatlah. Kita semua akan baik-baik saja.

Saya ingin memohon maaf sekiranya, karya ini mempunyai begitu banyak sekali kekurangan. Maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang saya menghasilkan buku ini.

Secara jujurnya, saya adalah seorang penulis yang lebih gemar menghasilkan karya-karya yang sangat berkait rapat dengan realiti tapi bermotivasi dan saya juga mahu menjadi seorang penulis yang mampu menulis pelbagai jenis genre. Saya harap buku yang telah saya hasilkan ini mempunyai nilainya yang tersendiri dan dapat memberikan inspirasi kepada anda dan diri saya juga.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata saya, jika anda tidak keberatan, ada tak diantara anda semua yang akhirnya dapat menggambarkan bagaimana rasanya menghidap masalah sosial ini?

Apakah pengajaran yang berjaya anda perolehi dari buku ini?

Apa pendapat anda tentang buku ini?

Ada tak kata-kata daripada anda sebagai pembaca yang mahu anda berikan kepada saya?

Jika ada, anda boleh berhubung dengan saya di mana-mana sosial media saya atau anda boleh sahaja meninggalkan komen anda di ruangan komen yang sudah tersedia. Pendapat anda, amatlah dihargai. Kritikan anda pun, saya terima dengan hati yang terbuka.

Apa-apa pun, saya harap kesemua karya yang saya hasilkan di Wattpad ini, mendapat tempat yang istimewa dalam senarai buku anda. Saya akan berusaha dengan lebih baik dan sedaya upaya saya untuk menghasilkan karya-karya baru yang akan datang. Jadi di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kerana telah membaca buku ini sehingga ke akhirnya.

Haza min fadhli Rabbi. Saya hanyalah seorang manusia biasa kerana yang hebat itu ialah yang Maha Esa. Kesemua kehebatan yang anda puji itu, yang anda kagumkan tentang diri saya itu, tidak akan datang dengan sendirinya tanpa Izin-NYA.

Dengan ini, saya, Athirah Azani, penulis karya BUMI TERUS BERPUTAR, menamatkan karya teragung saya ini.

Teruskanlah menyokong saya.

Sekian, terima kasih.

°•°○°•° ☪️ °•°○°•°

"Maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"

[Q.S. Al Insyirah: 5 - 8]

BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting )Where stories live. Discover now