05 | Sama

19 11 6
                                    

Kerana pedulinya mereka tentang diri aku membuatkan aku mula meluah masalah aku kepada mereka.

Namun. . .

Apakah memiliki masalah lebih suka terasing dan berdiam diri satu berkat? Kadangkala, aku gemar bersendirian dan memendam. Kerana, aku benci 'melihat' betapa riuhnya mereka, berlumba-lumba meluahkan perasaan mereka di saat mereka sedang meminta aku untuk meluah.

Sentiasa ada yang mencelah.

"Aku pun sama. . ."

"Aku lagilah. . ."

Sentiasa. . .ada yang mencelah.

Jika benar mereka sama seperti aku, mengapa aku lihat, mereka boleh bergerak sejauh yang mampu? Pergi ke tempat keramaian misalnya dan bukannya gemar duduk di rumah dan hanya tersangkut seperti aku?

◪◩◪◩◪◩⚉○㋡•⚇◩◪◩◪◩◪

Apakah masalah aku terlihat kecil? Apakah kerana itu, ruangan menjadi semakin besar? Apakah kerana itu, mereka sering sahaja mencelah tanpa benar-benar mendengar?

11032017 | BATU CAVES, SELANGOR

BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting )Where stories live. Discover now