Ada beberapa pemikiran yang tiba-tiba bermain-main di dalam mindaku.
Apakah manusia di sekeliling yang mengenali aku ini akan menangis di saat aku pergi nanti?
Apakah mereka akan menyedari akan hatiku yang selalu berlagu sendu tidak bertajuk ini?
Apakah mereka akan tahu bahawa aku sedang ketakutan?
Apakah mereka akan tahu akhirnya bahawa aku mengalami masalah kerisauan yang berpanjangan?Bolehkah Tuhan, mengizinkan aku memiliki IQ seorang doktor Piskologi? Aku hanya mahu tahu perasaan apa yang sedang aku alami ini. Ia bagaikan kesunyian malam yang kau lihat langitnya. Sunyinya sehingga kau tidak mendengar bunyi cengkerik. Seolah-olah, malam itu semua orang mati dan hanya kau seorang yang masih hidup.
Bersendirian dan merasa kesepian itu benar-benar menakutkan. Ia menjadi lebih menakutkan apabila aku menyedari bahawa aku mempunyai ramai teman tapi masih saja merasa sepi. Hatiku sudah resah. Apakah aku adalah seorang manusia yang jahat?
Kesepian terus mencengkam jiwaku. Adakah, aku baik-baik saja?
Aku mempunyai teman layaknya keramaian. Tapi, aku berasa seperti aku berada di titik tengah, sekadar tiang yang menghalang mereka untuk berjalan.Mereka berjalan terlalu laju sehingga meninggalkan aku jauh ke belakang tanpa menoleh. Bersendirian itu aku sudah terbiasa. Tapi merasa kesepian, itu sungguh tidak luar biasa. Jika aku berterusan menjadi tiang yang mengganggu keramaian. Mengapa aku mempunyai teman? Aku melihat mereka bersilih ganti. Oh Tuhan, mengapa aku berasa seperti diabaikan?
Paling menakutkan apabila aku berasa seperti, aku sebenarnya sudah terbiasa hanya masih belum mengakuinya.
◪◩◪◩◪◩⚉○㋡•⚇◩◪◩◪◩◪
Aku bersendirian dan merasa kesepian tapi entah mengapa, ia menyenangkan.
09022018 | BATU CAVES, SELANGOR
YOU ARE READING
BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting )
PoezjaHanya sebuah diari seorang manusia yang tersangkut ketika bumi terus berputar. PERHATIAN! MULA & TAMAT : 21 MAC 2023 [[ Kiraan perkataan : 4,026 patah perkataan ]] ©Athirah Azani