Di saat aku berusia remaja, aku akhirnya, mula berbicara dengan manusia tapi aku tidak benar-benar menerima kehadiran mereka dalam hidupku.
Ketauihlah bahawa pada tahun-tahun itu, tahun di mana aku berusia anak kecil dan masih berada di alam persekolahan rendahku, aku memang tidak berbicara, berterusan diam membisu dan duduk di sudut selesaku.
Sekarang pun, aku tidak mempunyai teman. Aku hanya mempunyai kenalan. Aku tidak benar-benar ingin berteman. Aku hanya mahu berkomunikasi untuk membuatkan diriku terasa normal. Tapi, tidak aku sangka, berkomunikasi sangat memerlukan begitu banyak usaha.
Terkadang lidahku bagaikan terbelit. Bahkan menjadi kelu sehingga menjadikan perbicaraanku sepantas penyanyi yang bernyanyi rap. Terkadang, aku diketawakan kerana kelihatan agak dungu apabila berbicara terlalu laju.
Berkomunikasi tidak mudah. Aku memberi tahu kepada mereka bahawa aku mengalami kesulitan untuk berbicara. Mereka pun menyuruhku untuk menjadi diriku sendiri.
Maka begitu, akan aku jadi pendiam buat sekali lagi.
◪◩◪◩◪◩⚉○㋡•⚇◩◪◩◪◩◪
Dan sejak dari dulu lagi, aku tidak pandai memulakan berbicaraan. Jadi, tidak hairanlah jika aku kelihatan agak kekok dan kurang mahir ketika berbicara. Aku hanya mahir menjadi pendiam dan lebih memilih untuk membisu.
29012017 | BATU CAVES, SELANGOR
YOU ARE READING
BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting )
PuisiHanya sebuah diari seorang manusia yang tersangkut ketika bumi terus berputar. PERHATIAN! MULA & TAMAT : 21 MAC 2023 [[ Kiraan perkataan : 4,026 patah perkataan ]] ©Athirah Azani