Aku bangun lagi hari ini. Seperti biasa, matahari akan menyapaku dengan senyuman paginya. Aku bangkit dari katilku lalu menuju ke ruangan mandi.
Aku membasahkan wajah lelahku dengan air yang agak dingin. Seketika aku memandang ke arah cermin kaca yang sudah pun pecah layaknya seperti jiwaku ini. Aku tidak menukar cermin kacaku. Jika ia tukar sekalipun, apakah jiwaku yang pecah ini juga menjadi baru?
"Manusia tersangkut" gumamku sendirian. Sesekali, aku menggaru kening kananku. Memang sudah kebiasaan aku lakukannya di awal pagi. Aku kembali teringat tentang kejadian semalam. Di mana aku melayari internet dan membuat dua pencarian di Google (Anxiety Test) dan (Social Anxiety Test) Ya, dua pencarian itu. . .
Aku hanya mendapat keputusan yang sama. Sekali, dua kali, tiga kali, empat kali, lima kali dan enam kali. Enam kali, aku mendapat keputusan yang sama. Aku cuba memberitahu teman-temanku tapi seperti biasa mereka hanya akan berkata bahawa aku terlalu mengikut emosi dan sebenarnya, aku tidaklah dalam keadaan yang begitu teruk kerana mereka berkata lagi di luaran, aku terlihat baik-baik saja.
Aku cuba untuk berbincang dengan ibubapaku tapi mereka sering kesibukan dan tambahan pula, aku tidak pernah rapat pun dengan mereka.
Aku mengeluh panjang. Mungkin, kerana anxiety dapat dilihat secara fizikal. Bernafas dengan cepat, sering berpeluh, menggeletar. Ya, aku lebih diganggu dengan kerisauan yang entah tentang apa aku risaukan di dalam jiwaku.
Aku hanya menggelengkan kepalaku. Secara bersamaan, aku teringat kembali hari dimana aku bertemu dengan Kaunselor untuk mengesahkan apakah benar aku mengalami masalah ini? Meski, kaunselor sudah mengesahkan simptom-simptom yang aku miliki, beliau tetap mencadangkan aku bertemu dengan pakar. Tapi itulah yang aku takuti. Aku takut mahu bertemu dengan pakar.
Entah apa aku takut dengan apa yang aku akan dengar atau aku takut menerima hakikat.
Dengan malasnya, aku keluarkan sedikit kepalaku dari bilik air. Aku lihat jarum jam yang kini sudah menunjukkan jam 7 pagi.
"Oh. Mujur hari ini hari minggu. Aku tidak harus bersemuka dengan manusia di sekolah"
Usai itu, aku kembali ke katilku. Aku lelapkan mata. Serabut. Itu saja yang aku rasakan. Mindaku serabut tentang perkara-peraka yang aku sendiri tidak tahu.
Semenjak aku memasuki usia remaja, aku banyak berfikir. Seperti teman-temanku sering berkata kepadaku, "Overthinking"
Tapi, mereka tahu apa yang mereka sedang fikirkan. Aku pula, tidak tahu apa yang sedang aku fikirkan. Mindaku terasa penuh. Namun, ia hanya penuh dengan kekosongan. Tapi kerisauan, ia sungguh penuh sehingga menjadikan segala ruang dalam jiwaku begitu mampat sehingga ia tidak dapat menampung lagi. Aku berasa seperti ia akan pecah tidak lama lagi.
◪◩◪◩◪◩⚉○㋡•⚇◩◪◩◪◩◪
Aku harap mindaku tidak pecah seperti jiwaku.
22052017 | BATU CAVES, SELANGOR

ANDA SEDANG MEMBACA
BUMI TERUS BERPUTAR ( akan-disunting )
PoesiaHanya sebuah diari seorang manusia yang tersangkut ketika bumi terus berputar. PERHATIAN! MULA & TAMAT : 21 MAC 2023 [[ Kiraan perkataan : 4,026 patah perkataan ]] ©Athirah Azani