Bab 1

779 26 1
                                    

Promises are meant to be broken

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Promises are meant to be broken

Ryn Khalish yang sedang sibuk menandakan beberapa fail kerja mula terganggu apabila si abang terus menyergah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Bibir mengeluarkan keluhan halus sebelum kepala mengangkat memandang kembarnya yang kini selamba melabuhkan punggung bertentangan dengannya.

Salam tak bagi, ketuk pun tidak. Memang selamba badak dia aje!

"So, apa yang penting sangat sampai ketuk pintu bilik aku pun tidak?" Soal Ryn Khalish. Lalu menyilangkan tangannya di dada sambil badan disandarkan pada kerusi.

"Friendly reminder, two weeks more. Aku dan Alana akan nikah dekat masjid Jamek. Kau jangan tak datang..." Tutur Zayn membuatkan Ryn memicit-micit batang hidungnya. Masalah...

"Zayn Khaliq... Engkau memang dah fikir habis? Yakin perempuan yang selama ni kau-" Belum sempat Ryn habis berbicara, laju saja Zayn memintas.

"Don't start the fight, Ryn..." Ujar Zayn yang menyelit amaran pada ayatnya.

Ryn tarik nafas dalam sebelum diri bangkit dari duduknya. Lalu langkah diaturkan menuju ke ruangan tingkap bilik yang luas.

"Zayn... She's not like what you think about... Trust me, will you? " Suaranya sekali lagi dengan kedudukan badan yang mula berpusing menghadap Zayn.

" No, Ryn. Kau just hadir sebagai ahli keluarga pihak pengantin lelaki.That's it . Hal lain, kau jangan ikut masuk campur.Bidas Zayn membuatkan Ryn genggam penumbuknya di bawah.

"Kau yakin dia nak kahwin dengan kau sebab cinta? Dan bukan sebab lain?"

"Ang magpapakasal sa kanya is me, and not you. So, don't talk about her as if you knew her well."

"This is not my first time warning you Zayn. Iniwan mo ako ng walang choice." Sinis Ryn berkata membuatkan dia menerima jengilan mata dari yang memerhati.

Tidak lagi mahu dia membuang masa, terus saja Zayn buka beberapa langkah tapak ke hadapan. Tangan pula diselukkan ke dalam poket kiri sambil wajahnya mendekat pada sisi wajah adiknya.

"Kau bukan lawan aku Ryn..." Bisiknya sebelum wajah maskulinnya yang sedang tersenyum nipis itu ditayangkan.

Zayn berundur sambil tangan mula melambai-lambai dan kaki pula diaturkan meninggalkan ruangan bilik tersebut.

"Sial!" Carut Ryn hingga menolak segala kertas kerjanya ke atas lantai.




"Oh come one, Ryn. Fikir waras boleh tak? Aku dah tak nak terlibat dengan agenda munafik engkau ini!" Ujar Bisya Nadeera seakan sedang membantah dengan rancangan sahabatnya.

OG | BEAUTIFUL DISASTERWhere stories live. Discover now