Lelaki itu segera mengambil pisau lalu ditusuk ke bahagian perutku.......
"Woi bangunlah!" Ujar suara milik kepada Ayana.
"Eh?! Ayana, macamna kau boleh....., Eh jap!!" Mimpi ke tu tadi!? Yelah, mana mungkin aku berani sampai nak kejar mengejar bagai semua tu, aku kan introvet? Hebat betulah mimpi tu...
"Woi, kau ni dah sedar ke atau dah mati ni, kedai ni dah ditutup tadi dah. Aku tunggu kau punya lah lama giler sampai nak mampus tau tunggu kau nak bangun!! Jomlah balik! " Ujar Ayana.
"Weh, lama dah ditutup he?! Dahlah,cepat jom teman aku pi kedai sekejap, Mak aku tadi suruh aku beli barang entah apalah tadi." Ujar Arabella lalu meninggalkan kedai itu.
4 bulan kemudian......
Aku sekarang berpindah di sebuah rumah baharu yang berdekatan dengan tempat kerja ayahku. Rumah tu macam rumah teres lah. Dan pada masa yang sama juga, aku telah kehilangan seorang rakanku yang bernama Ayana. Sebelum aku pergi, dia sempat memberikan foto memory kami berdua kepadaku sebagai kenangan kali terakhir aku dengannya. Kini, dia telah menjadi seorang jururawat iaitu cita citanya yang dia ingin sekali sewaktu kecil dahulu.
Aku Arabella Manila yang masih tiada kerja, single, umur pun dah genap 21, tak taulah nak buat apa dengan kehidupan ni, mungkin pi mampus je kot?
"Arabella!" Lamunanku berhenti setelah suara milik Ibuku memangilku.
"Ape? " Ujar Arabella kepada ibunya.
"Tolong mak bawak semua barang ni kat depan berenda sana dulu, Mak tak dapatlah nak angkat ni seorang sorang, Berat tau!" Ujar ibunya kepadanya.
"Ala, apa taknak suruh je anak laki mak kat sana tu tolong mak. Dari tadi asyik main game je, " Rungut Arabella kepada ibunya.
"Jangan nak banyak songeh engko! Tolong mak kejap je." Balas ibunya.
"Ala.... Suruh diorang lah!" Ujar Arabella yang rasa tidak puas hati.
"Cepatlah Ara, Angkat bende ni!" "Baik, sabar jelah Ara ya!" Desis hatiku sambil memandang bengis terhadap dua adik lelakiku yang masih leka bermain henpon. Lagipun, dua adik aku tu nakal mengalahkan budak umur 5 tahun. Yang paling aku geram sekali adik lelaki aku yang berumur 12 tahun itu, tu lagi nakal berbanding adiknya yang baru berusia 9 tahun itu. Kalau boleh sebenarnya, aku nak sangat pelantingkan dua adik lelaki aku itu.
"Ara, kamu tak makan lagi ke? Dah seharian kamu tak makan sejak dari pasar tadi." Ujar ibu kepada Ara.
"Macam mana nak makan kalau takde selera mak," Ujar Ara yang lagi bermain Facebook di telefon bimbitnya
"Hmm, takpelah, tapi kalau kamu nak makan nanti ada kari ayam kat kat peti sejuk tu, panaskan dia." Ujar Ibuku.
"Ha," Balasku.
Tiba tiba....
Mataku terus fokus ke arah telefon ku. Terlihat tawaran untuk bekerja di sebuah Cafe. Boleh kerja ni!
Gaji yang diberikan juga cukup lumayan dan juga dekat kira kira 4 km dari tempat tinggalku. Tapi masalahnya, aku takde kenderaan, lagipun aku bukannya ada lesen pun. Jadi, aku nak pergi sana pakai apa besok?
Keesokan harinya~
Aku sedang menyalin bajuku. Setelah itu, aku meletakkan dompetku dan pelbagai barang yang perlu dibawa di dalam beg tanganku.
Aku menyikat rambutku dengan rapi dan juga memakai minyak wangi. Oh lupa! Demi hati yang rela, aku akan pergi secara senyap senyap ke lokasi tawaran itu.
Aku menguak pintu rumah secara perlahan lahan. Pintu tak terkunci! Mesti ayah dah pergi kerja dah terlebih dahulu. Awal jugak ea orang tu pergi.
Aku membuka gate secara perlahan lahan. Maklumlah kalau dibuka laju nanti, berbunyi!
Aku bergerak ke pondok bas tidak jauh dari tempat tinggalku. Aku bukannya nak tunggu bas, aku tunggu teksi.
Aku melabuhkan punggungku di atas tempat duduk itu. Aku melabuhkan beg tanganku di bahagian sebelah sisiku. Pantas aku menaip (nombor teksi) pada telefonku yang berjenama Samsung.
Setelah berberapa jam kemudian kira kira 1 setengah jam gituww, teksi dah datang.
Berberapa jam kemudian, aku sampai di tempat lokasi tawaran itu. Aku membayar tambang kepada si pemandu teksi itu. Aku segera mengangkat punggungku dan mengambil beg tanganku dari tempat duduk kereta tersebut dan menutup pintu kereta itu.
Teksi itu pun pergi...
Mataku terpana melihat kecantikan dan kemewahan Cafe itu walau ianya hanya sebesar kedai kfc. Nama Cafe tu Luxury Cafe, cantik juga nama Cafe tu.
Perutku tiba tiba memulas, kat sini takde tandas pulak! Aku meninggalkan tempat tersebut dan mencari tandas di sekitar bandar itu.
Tiba tiba, kelihatan sebuah tandas awam yang ada di sana. Aku menuju ke tandas tersebut sebab nak buang air yang besar.
Setelah membuang air besar, aku keluar dari bilik tandas tersebut. Gara gara perut memulas ni lah yang membuatkan aku sesat dari sini!! Sekarang aku sudah sesat!! Bagaimana ni!!
Tiba tiba, muncul bau aneh yang memenuhi di seluruh tandas itu. Bau, bau macam...... wanginya....... Penglihatan Arabella kabur dan akhirnya gelap.
Apakah yang terjadi kepada Arabella seterusnya?
-to be continued-
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | THE PSYCHOPATH MEN | HIATUS
Mystery / ThrillerPSYCHO SERIES | 1 ARABELLA MANILA- seorang gadis polos dan antisosial yang tinggal di keluarga sederhana. RAY JAYDEN- salah seorang pesakit mental yang pernah melarikan diri dari hospital mental. **** "Aku tak kira, aku akan escape juga dari setan j...