KAKIKU melangkah menuju ke sebuah pondok perhentian bas di sana. Aku rasa peliklah. Macam aku sorang sahaja yang ada kat tempat ni. Tidak kelihatan satu pun makhluk bergelar manusia yang ada di sini. Aku mulai rasa tidak sedap hati
Sedang aku melangkah tiba tiba aku terdengar seseorang memanggilku dengan panggilan, cu, cu.....
Aku pun segera menoleh ke arah empunya suara tersebut. Rupa rupanya, yang memanggil aku tadi ialah seorang nenek tua bangka yang membongkok dan menggunakan tongkat.
"Nenek panggil saya ke tadi?" Soalku kepadanya dengan panggilan nenek. Mungkin nak minta tolong carikan perhentian bas kot.
"Ya, cu boleh ke tolong nenek carikan batik ni boleh tak?" Ujar nenek tersebut lalu menunjukkan sekeping kertas yang berlukis sebuah batik dan nama batik tersebut ialah The Miracle Batik.
"Cucu nenek Christabelle nak sangat pakai batik ni, batik ni cantik dan sedap dipakai. Kalau kamu dapat beli batik ni, nenek akan gunakan kuasa nenek untuk bantu kamu keluar dari semua mimpi buruk ni.." Ujar nenek tersebut. Aku terdiam seketika. Di, dia nak gunakan magik? Lawak karut apakah ini? Apa maksud nenek ni?
"Saya tak fahamlah apa yang nenek cakapkan ni? Magik?" Soalku kepada nenek tersebut sambil ketawa.
"Kamu tak percaya?" Ujar nenek itu.
Ray pov
AKU menuju ke sebuah tempat iaitu gedung Giant. Tempat di mana para celaka membeli barang basah, kering dan lain lain. Aku mengambil sebuah troli yang terletak di sebelah gedung itu.
Aku menuju ke sebuah tempat larangan iaitu bilik kawalan elektrik. Nasib di area ini tidak terdapat cctv. Aku membiarkan troli itu tadi ditempatkan di situ dan memasuki bilik kawalan elektrik itu. Terdapat sebuah laluan udara di atas itu.
Aku menggunakan ladder yang ada di sana untuk mencapai laluan udara tersebut.
Aku merangkak sehingga menuju ke penghujung laluan udara ini sambil melihat keadaan luar melalui lubang kecil yang ada di sekitar laluan udara ini.
Aku keluar dengan leganya dan tembus di sebuah ruangan yang agak kecil.....
"Ha Ray! Sampai pun!" Kelihatan Denis duduk di sebuah sofa dengan seorang lelaki di sana.
Aku terpana melihat sekeliling ruangan ini. Ada lampu LED, Bitcoin, Aircond dan juga bungkusan kotak yang disusun rapi di sana. Mungkin itu adalah.....
"Ha! Mana benda tu?" Soalku kepada Denis.
"Sabar Ray! Rilek! Duduk dulu kat sini berbual bual." Aku pun duduk di sebuah sofa yang ada di sana.
"Ha Ray, ni aku nak perkenalkan seorang kawan aku ni, nama dia Johnny, bersalamlah.." Ray dan Johnny bersalaman.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | THE PSYCHOPATH MEN | HIATUS
Mystery / ThrillerPSYCHO SERIES | 1 ARABELLA MANILA- seorang gadis polos dan antisosial yang tinggal di keluarga sederhana. RAY JAYDEN- salah seorang pesakit mental yang pernah melarikan diri dari hospital mental. **** "Aku tak kira, aku akan escape juga dari setan j...