AKU memandang 360° dan menjelajah di sekeliling bilik ini dengan arah yang berulang ulang. Bilik ini juga turut dikunci untuk mengelakkan aku lari dari bilik ini. Ya, aku sekarang berada di makmal kepunyaan lelaki itu. Lelaki itu sedang giat menjalankan eksperimennya terhadap seekor arnab di sana.
Dia menyuntikkan sebuah cecair asing pada arnab tersebut. Arnab pada mulanya normal itu terus bertukar menjadi liar dan cacat secara perlahan lahan setelah disuntik dengan cecair yang diberi oleh lelaki tersebut. Perbuatan lelaki itu memang benar benar menyeksa arnab tersebut. Aku bersimpati terhadap arnab ciptaan tuhan itu.
"Kau mesti tertanya-tanyakan, macamana aku dapat kesan dan culik kau?" Ujar lelaki tersebut secara tiba tiba. Fikiranku terus tertumpu padanya. Tak tanya pun sebenarnya.
"Um, 49%..... mungkin...."
"Apa tadi?" Soal lelaki itu.
"Um, ya!! Balasku.
Lelaki tersebut mula mengemaskan barangnya yang berselerak di atas meja itu. Sambil dia mengemas, dia mula menceritakan segala hal yang terjadi padaku. Ceritanya diawali dengan....
"Sebenarnya aku nak cari mangsa kat tandas untuk aku jadikan bahan uji kaji haritu."
"Lepastu?" Soalku.
"Aku dah tunggu dah dari bilik mandi untuk tunggu mangsa aku masuk kat tandas tu. Tiba tiba, aku terdengar suara langkah yang baru je masuk kat dalam tandas tu, aku mula sembur gas bau kimia kat seluruh tandas tu melalui celahan pintu bilik mandi tu. Bila aku tengok kau dah pengsan dah kat dalam tu, aku nak ambil kau tapi tiba tiba....."
"Tiba tiba apa?" Soalku.
"Sekali lagi kau bersuara lagi nahas kau!" Tegas lelaki tersebut. Dia menyambung semula ceritanya.
"Tiba tiba ada pengacau sial yang ambil kau masuk dalam van dia. Aku yang lakukan semua tu, dia senang senang pulak ambil mangsa aku macamtu sahaja ya! Tapi aku sempat ekori dia pakai kereta aku. Aku sanggup ekori dia sejauh mana pun untuk dapatkan kau."
....
Tiba tiba suasana menjadi senyap.
"Woi! Pahal kau senyap je! Tanyalah sesuatu!!" Ujar lelaki itu. Tadi bukan main lagi suruh aku diam, ni nak suruh aku bising pulak dah. Pelik jua orang ni.
"Kau dengar ke tak?!!" Tegas lelaki itu.
"Ke.. kenapa awak sanggup ekori dia sejauh bergitu sekali semata mata nak dapatkan saya balik? Kenapa tak nak pasrah dan cari mangsa lain je?" Ujar ku. Apakah aku ini sangat special dan berharga?
"Sebab dari segi fizikal kau, aku dapat nampak yang antibodi kau memang kuat dan sukar dijangkiti penyakit." Ujarnya. Yeke? Padahal doktor cakap, antibodi aku bukannya kuat mana pun. Aku kena hujan sikit pun dah demam. Dia menyambung ceritanya semula.
"Dah sampai sebuah rumah buruk tu, dia angkat kau, dia bukan angkatlah tapi dia seret kau macam dia seret binatang. Dia seret kau sehinggalah ke sebuah pintu bawah tanah, pintu tu tak bawak kau jauh mana pun sebenarnya dari tempat permulaan kau sedar dan terperangkap ke dalam bilik kurungan dia. Kau buka je pintu pintu bilik tu, terus jumpa jalan keluar"
"Tapi, kenapa bila saya bukak pintu tu semula, pintu tu bawak saya ke sebuah laluan paip bawah tanah? Pastu ada lif lagi, ada labirin lagi," Soalku.
"Dia dah bagi mantera illusi dah kat pintu tu supaya kau terillusi seakan akan perjalanan kau dijauhkan dan disukarkan supaya kau takut larikan diri dari situ. Sebenarnya semua tu tak real je." Jawabnya.
Mantera illusi? Wow, karutnya...
"Kau nak tau tak macamana aku jumpa kau semula?" Ujarnya. Memang aku nak tahu!
"Ya!"
"Aku berusaha teleport ke dalam illusi kau. Aku ekori setiap langkah kau dari belakang sehingga kau sedar dari illusi kau, maksudnya sampai kau keluar dari illusi kaulah. Sebenarnya ada makhluk ganas yang mengekori kau, tapi aku dah belasah dah mahluk tu."
"Macamana dengan das das pistol yang awak tembak tu? Awak tembak apatu" Soalku.
"Apatu?" Lelaki itu kebingungan.
"Yang awak tiba tiba lepaskan das das pistol tu bah, masa saya dah keluar dari illusi saya, kononnya" Ujar ku.
"Oh itu, yang tu bukan aku ,tapi yang lepaskan tembakan tu sebenarnya lelaki tua bangsat tu lepaskan. Dia dah perasan dan dapat hidu yang kau dah terlepas dalam bilik kurungan dia tu. Dia cuba nak tembak aku sebenarnya, tapi aku dah sediakan perangkap lebih awal dah, aku berjaya rampas pistol orang tu lalu aku tembak balik cun cun pada dada orang tua tu. Pastu baru aku jumpa kau semula. Habis cerita." Selesai dia mengemas barangnya yang bersepah di atas meja itu tadi.
"Macamana saya boleh pengsan bila hidu aircond kereta awak tu?" Soalku. Cukuplah ini sahaja soalan aku, dah berapa banyak dah aku bertanya soalan kepadanya.
"Aku dah sembur ubat pengsan kat aircond tu." Ujarnya.
"Sebelum tu, kau nak tau tak nama aku?" Soalnya. Aku mengangguk sahaja.
"Angguk angguk, kau ni ada suara ke tak!" Ujarnya dengan nada tegas. Aku membalas, "Y..ya!!"
"Aku Ray Jayden, kau boleh panggil aku Ray," Dengan saat itu aku memanggilnya RAY.
-to be continued-
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | THE PSYCHOPATH MEN | HIATUS
Mystery / ThrillerPSYCHO SERIES | 1 ARABELLA MANILA- seorang gadis polos dan antisosial yang tinggal di keluarga sederhana. RAY JAYDEN- salah seorang pesakit mental yang pernah melarikan diri dari hospital mental. **** "Aku tak kira, aku akan escape juga dari setan j...