MUKA Arabella berubah pucat. Selepas Ray membuka topi tersebut, kepala lelaki itu tadi HILANG. Arabella hampir terpengsan melihat perkara tersebut.
"Ra...Ray, kepala orang tu hilanglah." Ujarku dengan ketakutan.
"Untuk pengetahuan kau, yang ni bukan topi biasa biasa, yang ni alat untuk mencabut kepala orang." Ujarnya dengan sinis. Topi tu memang luar biasa sampai boleh cabut kepala orang....
Ray mencapai sebilah parang yang ada di atas meja sana. Dia membilah mayat lelaki tadi. Mata aku nak taknak je tengok adegan tu. Dia nak buat apatu?
Setelah Ray membilah mayat itu kepada dua, terpaparlah pelbagai jenis organ di dalam mayat itu. Kemudian, Ray mengambil jantung daripada organ mayat tersebut lalu dilahap dengan rakus.
Uwekkk!!! Aku berasa loya dan jijik. Aku terasa ingin muntah melihat aksi Ray. Dia, dia adalah setan!!! Setan betulah si Ray ni, sampai mahluk sejenisnya pun dia makan!?
"Apa tengok tengok? Nak jugak?" Ujar Ray kepadaku.
"Kenapa awak sanggup makan mahluk sejenis awak ha?" Sahutku.
"Sebab, sumber kekuatan aku datang dari sini tau tak." Balasnya.
"Kau memang setan, kau lepaskan aku dari sini!!!" Ujarku.
"Apa kau panggil aku tadi? Ha? Setan? Aku memang setan pun!" Ujar Ray dengan ukiran senyuman yang mengerikan. Jujur pun diri tu setan.
Tanpa Arabella sedar, Ray diam diam mengambil sumpit yang mempunyai ubat tidur lalu diacu ke arah Arabella dan ditembak ke arah Arabella. Arabella secara perlahan lahan menutup matanya.
Organ organ lainnya pula dibungkus berasingan dan diletakkan pada kotak yang ada di sana. Kemudian, kotak itu tadi ditutup rapi.
Ray pov
KELIHATAN gadis itu (Arabella) tidur dengan lena di atas katilnya. Aku memandangnya dari bahagian sudut biliknya. Aku menutup sebahagian lampu lalu beredar dari biliknya.
Aku berjalan beberapa langkah sehinggalah tiba di sebuah bilik iaitu, bilik peribadiku. Aku mencapai kunciku yang ada pada poketku. Aku membuka pintu bilik tersebut.
Ini adalah bilik di mana aku bekerja, tidur, projek ubat ciptaanku dan menggodam sistem komputer lain yang ada di luar sana. Aku duduk di sebuah kerusi di sana. Di atas meja tersebut, terdapat sekotak rokok dan bingkai foto lama. Pada bingkai foto lama tersebut, terpapar gambar zaman silamku sewaktu sekolah menengah.
Aku mencapai sekotak rokok tersebut dan mengambil sebatang rokok tersebut. Aku menyalakan mancis, batang rokok tersebut tadi sudah tersedia pada mulutku. Aku menghisap rokok tersebut dengan nikmatnya. Aku merenung seketika.
Arabella pov
Aku terbangun. Aku terlupa perkara yang berlaku tetapi aku tak pasti bila. Aku memandang sekeliling takut takut jika ada Ray. Tetapi Ray tiada di dalam bilik ini. Yes! Ini adalah peluangku untuk melarikan diri buat kali kedua. Aku mencapai sebuah kerusi dan menempatkannya di sini. Aku naik diatas nya.
Aku mengetuk siling pertama, tetapi tiada apa apa. Aku beralih ke bahagian sebelah, pun tiada apa apa. Aku beralih ke bahagian sudut yang ada di sana, aku cuba mengetuknya,
Bunyi ketukan tersebut kedengaran dari luar. Ia bermakna, bahagian siling ini terdapat rahsia di dalamnya. Aku menolak siling itu berberapa kali dan akhirnya terbuka. Kelihatan laluan udara yang agak luas cukup muat untuk badanku yang tidak seberapa besar ini. Aku memasuki di dalamnya dengan segera. Aku merangkak didalamnya. Selamat ke tak aku biarkan siling itu terbuka bergitu sahaja?
Terdapat beberapa cahaya yang tembus dari ruang udara lain yang membantuku melihat jalan. Tiba tiba, kedengaran suara tangisan, ketakutan dan gila yang datang dari sebuah ruang udara satu lagi di sebelahku. Aku segera merangkak ke sana. Aku mengintai secara diam diam melalui pintu tersebut. Terdapat celahan kecil yang membantuku melihat apa yang berlaku di sana.
Terdapat 5 orang lelaki dan 4 orang wanita tanpa seurat benang yang dikurung di dalam sebuah penjara. Ada yang menangis, gila dan ada yang melahap organ dengan rakus. Apakah ini mangsa Ray sebelumnya? Aku sangkalah aku seorang sahaja mangsanya rupa rupanya, banyak lagi mangsa yang diculiknya....
-to be continued-
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | THE PSYCHOPATH MEN | HIATUS
Mystery / ThrillerPSYCHO SERIES | 1 ARABELLA MANILA- seorang gadis polos dan antisosial yang tinggal di keluarga sederhana. RAY JAYDEN- salah seorang pesakit mental yang pernah melarikan diri dari hospital mental. **** "Aku tak kira, aku akan escape juga dari setan j...