Lah, aku ingatkan dah bebas.....
TEMPAT itu sangat luas serta dilengkapi dengan perabot antik yang ada di situ. Tempat ini tidak lah bergitu terang. Terdapat beberapa lampu yang menyala dan ada juga yang tidak menyala di situ. Terdapat juga beberapa tingkap, itupun sudah ditutup oleh papan yang menyebarkan cahaya matahari melalui celahan papan kayu tersebut, ia membantu menerangkan tempat ini. Ia menunjukkan bahawa aku memang betul betul berada di tingkat utama.
Aku menjelajah sekeliling sambil mencari 'pintu keluar' bagi tempat tersebut. Nak keluar dari tingkap, luar dia dah kena tutup dengan papan. Aku mencuba untuk menendang papan kayu yang menutup tingkap tersebut beberapa kali, tetapi tidak juga berhasil. Mungkin sebab papan kayu ni dah dah ditukul dengan rapi supaya dia kuat kot. Mungkin, dengan cara mencari 'pintu keluar' sajalah untuk aku melarikan diri dari tempat ini.
Disebabkan kawasan ini sungguh besar, amat sukar untuk aku mencari pintu keluar bagi tempat ini. Pintu keluar, salah satu cara yang dapat membebaskan aku dari sini.
Aku menaiki tingkat 2.....
Terdapat beberapa gambar yang menghiasi dinding tersebut. Aku terlihat sebuah bilik yang terbuka separuh yang berada di sana. Dalam dia gelap sia. Aku memberanikan diri untuk ke sana. Aku menyelak pintu itu secara perlahan lahan......
Wah! Cantiknya! Aku terpana memandang di dalamnya. Bilik itu ialah sebuah perpustakaan yang besar dan luas dengan banyak rak buku di situ. Terdapat sebuah pokok besar dengan akar menjalar yang berada di tengah tengah bilik tersebut. Macam pernah tengok dalam game. Atapnya pula rompong bagi proses kehidupan pokok tersebut. Takde cahaya matahari, tak hiduplah pokok tu kan? Bagi orang mungkin seram tempat ni but bagi aku, cantik siot!
Terdapat juga beberapa kelip kelip yang terbang merayau rayau di sekitar kawasan tersebut. Disediakan juga tangga untuk turun bagi tempat tersebut. Aku menuruni tangga tersebut secara perlahan lahan.
Yang ni baru pertama kali aku tengok tempat seusang dan secantik ini. Tiba tiba, ada seekor kelip kelip yang datang hinggap di atas hidungku. Aku menangkap kelip kelip tersebut.
"He he, dapat pun kau!!" Tiba tiba kedengaran berdas das bunyi tembakan pistol yang kuat membuatkan aku tersentak yang datang dari luar tempat ini. Kelip kelip yang merayau rayau tadi segera lari tidak tentu arah dari tempat ini. Pandai juga kelip kelip ni takut ea.
Aku buat apa pula? Larilah, takkan lah nak pergi dekat dekat kat sana pula kan? Aku beredar dari bilik tersebut.
"Apalah lelaki tu nak lagi dari aku? Aku ni special ke? Aku ni kaya ke? Ataupun aku ni sebenarnya bidadari malaikat bagi dia?"
Aku telah beredar bergitu jauh dari tempat tadi. Tiada lagi kedengaran suara tembakan pistol yang berlaku lagi. Entah entah, lelaki tu tadi dah sampai kat tempat ni. So, aku rasa aku kena cari pintu keluar dari tempat ni secepat mungkin!! Aku rasa bila bila masa je orang tu akan cari aku lagi lepasni. Im in dangerous!!
"Ya tuhan! Aku harap harap sangat lelaki tu ditimpa nasib malang! Amin. Kalau boleh, aku tak nak lah kena tangkap lagi oleh lelaki tu! Dahlah belum jumpa pintu keluar lagi ni! I know this is just a dream, I know. Lepas jumpa je pintu keluar nanti, aku akan lari sejauh jauhnya dari tempat ni dan takkan pernah kembali! Mak, Ara janji Ara akan balik rumah nanti!
Meowwww!!!!
Kedengaran kucing terperanjat bercampur dengan bunyi langkah kaki yang datang dari tempat lain. Aku rasa, aku perlu cari tempat persembunyian!!
Aku memasuki sebuah bilik yang berdekatan untuk mencari tempat bersembunyi. Kelihatan sebuah almari yang terletak di sebelah katil itu. Almari itu cukup muat untuk badanku. Aku memasuki di dalamnya. Terdapat beberapa celah lubang yang membantu aku untuk melihat keadaan di luar tersebut.
Tap! Tap!
Suara langkah kaki tadi mendekati tempat ini.
"Apa yang perlu aku buat adalah, jangan menjerit sahaja!" Monolog Arabella dalam ketakutan. Kalau dia dapat detect aku kat sini, aduhh matilah! Lelaki itu tadi memasuki tempat ini.
"Alamak!!" Tetapi watak lelaki itu kali ini lain daripada lelaki yang memakai hoddie itu tadi. Watak lelaki ini memakai topi dan mask serta menggunakan cermin mata hitam. Dia juga mengenakan baju hoddie serba hitam, bukan lelaki pertama tu tadi, yang tu nampak macam tua yang ni muda sikit.
"Put!!!!"
"Oh no!" Arabella tidak sengaja terkentut di almari dalam itu. Lelaki itu tadi segera mendekati almari tersebut lalu membukanya...
Aku pula terjerit kecil dan tidak memandang ke arahnya. Akan tetapi, lelaki tersebut tidak mengapa ngapakan aku. Aik?
"Jom ikut aku." Ujar lelaki tersebut.
"Fuh!" Aku berasa lega sikit. Now, ada juga hero akan tolong aku cari jalan keluar dari tempat ni! Yes! Dia ni pun kena culik ke dengan lelaki tu ke tadi? Macamana dia boleh lepaskan diri dari orang tu tadi?
Aku mula mengikuti jejak lelaki tersebut. Dia juga turut memegang tanganku sekali, mungkin untuk mendampingi aku sewaktu perjalanan kot. Hot juga dia ni, mempraktikkan keselamatan orang. Lelaki itu hanya membisu je dari tadi, macam akulah. Kami semakin menghampiri pintu keluar.
Setelah tiba di ruang utama tempat itu, kelihatan cahaya yang dari sebuah pintu kayu di sana. Akhirnya kami pun menemui pintu keluar dari tempat itu. Tetapi, malangnya pintu tersebut tidak dapat dibuka. Lelaki di samping aku tadi menendang pintu itu berberapa kali sehingga pintu itu hancur. Akhirnya pintu tersebut terbelah menjadi dua. Kuat juga tenaga lelaki ni.
Kami akhirnya berjaya keluar dari tempat tersebut. Dia membawa aku sehingga ke kereta nya. Alza yang putih tu, tu lah kereta dia.
Aku memasuki di dalam keretanya. Aku ni sebenarnya tak biasa naik kereta orang, tetapi disebabkan keadaan tak berapa baik, so aku terpaksa masuklah.
"Terima kasih sangat tolong saya keluar dari tempat tu ya! Lepasni, boleh ke awak hantar saya kat tempat tinggal saya?" Ujar Arabella kepada lelaki tersebut.
.... (No respons)
Dia tak jawab apa apapun. Something wrong ke? Lelaki tersebut mula membuka aircond kereta itu. Pada mulanya takda apa apa yang berlaku tapi makin lama aku semakin terlelap terhidu bau aircond tersebut. Akhirnya aku terlelap dan tidak menyedarkan diri.
-to be continued-
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | THE PSYCHOPATH MEN | HIATUS
Mystery / ThrillerPSYCHO SERIES | 1 ARABELLA MANILA- seorang gadis polos dan antisosial yang tinggal di keluarga sederhana. RAY JAYDEN- salah seorang pesakit mental yang pernah melarikan diri dari hospital mental. **** "Aku tak kira, aku akan escape juga dari setan j...