Votement juseyo~♡
C2:- After School by Weeekly
Day 2_....
"Aduh! Kenapa masa masa ni lah makanan dan barang dapur habis?! Ah!" Byeol menutup pintu peti ais dengan keras, nasib tak tercabut.
Dia menjenguk seketika di luar tingkap, kenapa eomma tak bagi dia keluar eh? Ada apa?
Kosong, tenang, aman, damai. Itu yang dia nampak sekarang ni.
"Aik? Tak ada apa apa pun," apa lagi, Byeol mengambil backpack dan duit lalu keluar.
×××
BAM!!
GRRR-
Pintu digoncang dengan kuat, Byeol yang masih tersekat di 7E berdekatan terketar ketar. Sekarang dia dah faham kenapa eomma nya tidak membenarkan dia keluar.
Matanya tertumpu kepada sebatang kayu besbol yang tergeletak di lantai kedai itu.
Dia berlari mengambil kayu itu, tidak lupa juga makanan dan minuman diambil dengan banyak lalu disimpan di dalam backpack tanpa membayar.
Nak bayar macam mana, penjaga kaunter pun dah lari awal awal, tinggal name tag je.
Pintu masuk 7E akhirnya dipecahkan oleh ramai makhluk perosak 2 alam dengan wajah menakutkan, ye mereka adalah Zombie!!
Seekor zombi meluru ke arah Byeol tapi dia jatuh ke lantai dan mukanya penyek akibat pukulan kayu besbol.
Byeol terketar ketar lalu berlari keluar tanpa memandang ke belakang.
"TOLONG!!"
'Eh? Ada manusia lagi ke kat sekitar sini?' Byeol memandang sekeliling, langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki yang terperangkap di dalam kereta yang sudah musnah. Nampaknya ada kemalangan di sekitar sini.
Kalau dipandang sekeliling, suasana memang riuh, tapi riuh disebabkan bunyi zombi. Banyak kenderaan yang berterabur tanpa pemandu, sama ada mereka lari ataupun dimakan oleh zombi.
Byeol berlari mendekati suara tadi, dia melihat seorang lelaki yang kecederaannya agak parah. Kerusi kereta menghimpitnya, jadi dia agak sukar untuk melepaskan diri.
"E...ergh!" lelaki tadi masih berusaha melepaskan diri tetapi Byeol masih tercegat. Dia hanya memerhati lelaki itu, selang beberapa saat, dia turut membantu.
Bukan apa, dia takut kalau lelaki tu pun ada kesan gigitan, nanti tak pasal pasal dia pun jadi zombi lepas selamatkan lelaki tu.
Byeol menarik kerusi setakat dia mampu. Setelah hampir 10 minit, dia berjaya mengeluarkan lelaki itu. Tapi aneh, tiada zombi yang menyerang atau mendekati mereka berdua, semuanya mengabaikan Byeol dan lelaki tadi macam diorang halimunan.
Ah, Byeol baru teringat. Zombi peka pada bunyi bising, diorang buat kerja tadi senyap senyap. Patut pun takde yang datang.
Dia memandang semula lelaki tadi, mudanya. Macam seumuran dengan dia. Dia menarik tangan lelaki tadi agar keluar.
"Naik,"
"H..hah?" lelaki tadi masih tak faham apa yang berlaku.
"Meh aku gendong kau. Alah, kau ringan je. Naik," lelaki tadi perlahan lahan naik ke belakang badan Byeol dan mereka balik ke rumah Byeol.
.·´¯'[???]´¯'·.
YOU ARE READING
ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]
FanfictionSIRI HORROMANCE (iii):- _∞_ZOMBIE_∞_ Seluruh negara kecoh gara gara wabak zombi yang sedang berleluasa. Walaupun wabak itu masih baru beberapa bulan, tapi sudah berjuta orang mati kerana dijangkiti. Byeol dan Ni-Ki bekerjasama untuk mencari maklumat...