☆엔:- 8☆

89 13 0
                                    

Votement juseyo~♡

C8:- Dolphin by Oh My Girl

Day 7_....

Mereka akhirnya sampai di sebuah bandar setelah 3 hari perjalanan. Byeol memarkir kereta di antara pokok pokok, kang kalau parking kat tengah jalan habis semua zombi panjat kereta tu.

Backpack yang penuh dengan barang keperluan serta pistol digalas. Mereka berjalan perlahan lahan dan memerhati sekeliling.

"Daerah ni pun dah hancur lah,"

BANG! BANG!

Bunyi tembakan kedengaran di mana mana. Tangan Ni-Ki digenggam erat, Byeol berjalan di hadapan Ni-Ki. Pelik kan?

Perempuan yang jaga lelaki, tapi dia jaga sebab Ni-Ki kan baru nak baik dari luka accident tu.

Sekarang mereka berada di tengah tengah bandar, dikelilingi mayat zombi. Byeol segera mencapai Glock-17 dari dalam beg dan menembak beberapa ekor zombi yang hendak menyerang mereka.

"Berhenti!! Korang siapa?!"

Ni-Ki dan Byeol berpaling ke arah empunya suara. Seorang lelaki berjalan ke arah mereka sambil memegang kayu besbol.

Luka di pipi, hidung dan tangan, orangnya tinggi, rambut hitam menutupi bahagian dahi. Baju putih dipadankan dengan jeans hitam. Rasanya siapa eh?

"Turunkan senjata yang kau pegang!" arah lelaki tadi. Byeol perlahan lahan menurunkan pistol tadi.

"H or Z?" soal lelaki itu.

Ni-Ki tercegat di situ, dia tak faham apa yang lelaki tadi cakap, tapi Byeol sebaliknya. "H for human,"

Bahu Byeol dipukul kuat oleh Ni-Ki. "Weh kenapa kau jawab?! Mana tau tu perangkap ke?!"

Byeol tidak mempedulikan Ni-Ki dan kembali bersuara. "Kami merantau hingga ke sini sebab nak cari maklumat tentang zombi,"

Lelaki tadi turut menurunkan kayu besbol yang dia pegang lalu mengukir senyuman. "Selamat datang ke Namyangju, Gyeonggi-do. Aku Heeseung," lelaki yang dikenali sebagai Heeseung itu menunduk.

Byeol dan Ni-Ki turut melakukan hal yang sama. "Bahaya duduk kat sini, jom aku bawa korang ke tempat tinggal kitorang,"

"Kitorang? Ada yang lain ke?" mereka berdua memandang sesama sendiri.

×××

Heeseung membuka pintu sebuah mall. Ni-Ki dan Byeol malu malu itik ketika dilihat oleh lima orang yang tidak dikenali.

"Ada member baru!! Byeol, kau pergilah kat diorang, aku nak ambil sesuatu," Heeseung berlalu pergi.

Byeol sempat menjengah seketika. Matanya tertumpu kepada bom tangan yang Heeseung keluarkan dari sebuah beg. "B..bom?"

"Ah, tu Heeseung nak musnahkan zombi yang ada kat luar tu," seseorang mengejutkan Byeol.

"By the way I'm Jake. Nice to meet you," senyuman manis diukir.

"J...Ji Byeol. Boleh panggil Byeol,"

.·´¯'[???]´¯'·.

Korang tak tertanya-tanya ke macam mana kereta tu boleh bergerak 2-3 hari tanpa minyak?

Sebenarnya memang guna minyak macam kereta biasa, cuma aku tak cerita lah. Byeol pergi ke stesen minyak yang orang dah tinggalkan, jadi tak membazir duit untuk minyak.

- ♡

ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]Where stories live. Discover now