Votement juseyo~♡
C14:- Wa Da Da by Kep1er
Day 22_....
Mereka berempat masih mencari tempat yang sesuai untuk berlindung sementara menunggu helikopter.
Asalnya datang ke Daegu nak cari vaksin, tapi mereka dapat berita kalau pasukan penyelamat akan datang dalam masa terdekat untuk menyelamatkan baki manusia yang masih tersisa.
Dari jauh, mereka dapat melihat sekumpulan zombi sedang mendekati mereka. Byeol sudah mengacu pistol pada mereka, tapi-
"AAH!! Kenapa masa masa camni lah kau nak habis peluru eh?!" mereka tiada cara lain selain melarikan diri dari tempat itu.
Jay sempat menoleh ke belakang, zombi zombi itu masih mengejar mereka berempat.
"Jay! Hati hati!" dia terlalu fokus memandang zombi itu sampai terlanggar pokok yang ada di hadapannya.
BUK!!
Daun daun gugur akibat pelanggaran tadi. Untung pokok tu tak tumbang. "Aah," lebam di dahinya menjadi biru dalam masa singkat.
Byeol berpatah balik dan membantunya bangun. "Jom,"
×××
"Auch! Sakit!" Jay mengaduh kesakitan apabila dahinya ditekan kasar oleh Heeseung
"Dah sape suruh kau langgar pokok tu?!" Heeseung pula memarahinya.
"Aku tak nampaklah bodoe!"
"Yang kau fokus kat makhluk perosak keturunan manusia tu kenapa?!"
"Suka hati akulah!!" satu tamparan melayang mengenai pipi Jay.
"Heh?! Kau berani lawan hyung kau?!"
"YAH!!"
Maka bertumbuklah dua ekor tapir tu. Byeol dan Ni-Ki hanya mampu memandang mereka, tak lama lagi berbaik lah tu.
Tapi jauh dari sudut hati Byeol, dia agak sakit hati bila Heeseung sebut makhluk perosak keturunan manusia tu.
Sebab tadi dia dan Jay berpaling memandang zombi itu pada masa yang sama. Mata Byeol sempat menangkap dua zombi yang sangat dikenalinya, walaupun sudah samar samar muka itu.
Sunghoon dan eomma nya.
Dia tahu Jay pandang ke belakang lama sangat sebab Jay pun nampak muka Sunghoon. Tapi kalau bagitahu Heeseung memanglah dia akan cakap Eh apa kau merepek ni?
Ni-Ki yang sedar Byeol diam dari tadi itu bertanya. "Wae? Kau ada masalah ke? Lapar ke?"
"Ah? Aniya, aku ok je,"
×××
Day 23_....
Disebabkan tempat yang dihuni oleh mereka itu tidak mempunyai bekalan makanan sedikit pun, jadi mereka memutuskan untuk keluar mencari makanan.
Byeol memandang sayu bandar itu. Dulu dia sering ke sini, bersama eomma dan appa nya. Suasana yang cantik dan tenang membuatkannya lebih gemar bermain di luar berbanding bersendirian di rumah.
Korang jenis apa? Yang mereput kat dalam bilik gelap jadi kelawar? Atau keluar dengan kawan-kawan?
Bandar di Daegu musnah sama macam di tempatnya. Hospital juga kosong tanpa penghuni, hanya tinggal mayat yang tidak dikuburkan.
Ni-Ki dapat rasa yang Heeseung dan Jay menjadi pelik sejak semalam. Setelah bergaduh, diorang senyap semacam.
"Hyung-"
.·´¯'[???]´¯'·.
YOU ARE READING
ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]
FanfictionSIRI HORROMANCE (iii):- _∞_ZOMBIE_∞_ Seluruh negara kecoh gara gara wabak zombi yang sedang berleluasa. Walaupun wabak itu masih baru beberapa bulan, tapi sudah berjuta orang mati kerana dijangkiti. Byeol dan Ni-Ki bekerjasama untuk mencari maklumat...