☆엔:- 4☆

104 14 0
                                    

Votement juseyo~♡

C4:- Love Maze by BTS

Day 2_....

"Wow, betullah apa yang kau cakap," Byeol masih kaku memandang bilik gelap itu.

"Nak masuk ke tak nak?" soal Ni-Ki.

Byeol berlari dan membuka laci meja appa nya lalu mengambil torch light. Mereka berdua turun perlahan lahan, Ni-Ki secara tak sengaja memijak sesuatu.

KLANG!!

Mereka berdua berhenti serentak. Byeol halakan lampu suluh ke kaki Ni-Ki. "Kenapa ada parang kat atas lantai ni? Untung tak kena kaki kau,"

Mereka berpecah dan meraba raba dinding bilik itu. Byeol tertekan satu butang misteri. Tiba tiba satu almari yang besar terbuka. Lampu lampu yang lain juga turut terpasang.

Sekarang bukan Byeol je yang kaku, tapi Ni-Ki turut terkejut. Di dalam almari itu penuh dengan senjata api, pelbagai jenis kayu, senjata tajam dan lain lain.

"Eh, ni apa?" Ni-Ki mengangkat sebuah senjata.

"Ni-Ki! Jangan tarik picu tu!!" satu tembakan dilepaskan hingga dinding bilik itu berlubang. "Ops,"

Byeol mengurut urut dahinya. "Tu Browning M2, senjata BGM tu mampu menembusi dinding konkrit 5 sentimeter tebal pada jarak 200 meter dan dapat mengenai sasaran di sebalik dinding tu, tapi jarak kau terlalu dekat, jadi makin teruk ia tembus,"

"Kau tahu dari mana semua tu?" Ni-Ki memandangnya tak percaya, tapi kalau dilihat dari segi pemakaiannya, Byeol memang dah macam orang lelaki.

"Aku ada koleksi komik sains berkaitan senjata, aku belajar dulu pasal senjata api dan senjata tajam sebelum main PUBG dengan FreeFire. Jadi ada beberapa nama dan fungsi senjata yang aku tahu," jawab Byeol selamba.

×××

"Weh Jepun! Camne nak hidupkan komputer ni?!" Byeol menampar perlahan laptop di hadapannya.

"Kalau aku cakap kau bodoh, nanti kau marah, tapi takkan kau tak pandai beza kot. Tu laptop lah, bukan komputer," Ni-Ki memandangnya dengan tatapan (↼_↼)

"Oh, salah lah tu. Tapi tolonglah weh! Camne nak buka?"

Ni-Ki menekan tombol on selama beberapa saat, dan laptop tadi hidup. "Aku ingatkan kau pandai main senjata, kau pandailah pasal komputer atau data,"

"Tak. Aku tak pandai, ujian Teknologi pun aku gagal," Byeol memasang muka tanpa dosa.

Ni-Ki meletakkan sebuah radio dan beberapa alatan elektrik yang lain di atas meja. Semuanya dihidupkan, radio yang mengeluarkan suara aneh turut dibaiki.

Byeol hanya memandangnya dengan kagum. "Wow, walaupun guna sebelah tangan je, kau masih boleh buat macam macam,"

Ni-Ki tidak menghiraukan kata kata Byeol dan kembali ke laptop tadi. Byeol pula bangun dan memeriksa beberapa pistol yang masih boleh digunakan, peluru dimasukkan hingga penuh.

.·´¯'[???]´¯'·.

Kenapa Day 2 banyak sangat? Author pun tak tau hehe :]

- ♡

ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]Where stories live. Discover now